THE 7TH WORLD CONFERENCE ON MUSLIM EDUCATION
VENUE:SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA
INTRODUCTION
The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) aim to bring together on an international level all involved in the dissemination of knowledge to address the current educational situation in the Muslim world. The first in the series identified the main problems in Muslim education and suggested remedies. It proved to be a watershed in the history of Muslim education and was eagerly followed by a succession of five other world conferences held in different parts of the world. This seventh World Conference aims to be as dynamic and as influential as its predecessors. It will take into account the impact of globalization on Muslim education, looking in particular at issues such as Islamophobia, secularism, the marginalization of spiritual values as well as human capital development and the advancement of ICT. It will continue to develop themes discussed in earlier conferences, such as the Islamization of knowledge, curriculum designing and teacher training, but will contextualize them in the current globalized atmosphere. This conference is expected to usher in a new era of Muslim education which will counteract the negative effects of globalization and at the same time incorporate its more favourable aspects.
OBJECTIVES
Due to the importance of quality in every aspect of our life, the WORLD-COME 2009 endeavors to:
1.Bring together a large number of scholars and researchers from around the world and give them the opportunity to interact and network with each other.
2. Discuss and analyze the impact of globalization and its challenges to the development of Muslim education in the world.
3. Suggest solutions to some of the issues in Muslim education.
4. Support the initiatives of the state of Selangor, Malaysia in its aim to Islamize education.
source : http://world-come2009.com/
ali imran : 142
Do you think that you will enter Paradise before Allâh tests those of you who fought (in His Cause) and (also) tests those who are As-Sâbirun (the patient)? (142) Read More…
GERAK KERJA SPIN KEMBALI LAGI
Apa yang kami harapkan adalah doa-doa serta sokongan dari pembaca-pembaca sekalian agar salah satu usaha GAMIS ini berhasil dan berkesan serta mendatangkan manfaat pada semua. Bukanlah hasil yang dipandang oleh Sang Pencipta kita namun usaha yang bersungguh-sungguh seharusnya ditanam dalam diri setiap penggerak sekretariat ini serta jadilah makhlukNYA yang paling bertakwa antara kita semua.
Disini, saya sertakan maksud surah al-hujuraat buat semua penggerak SPIN serta pembaca blog ini agar setiap tingkahlaku kita tidak lari dari landasan yang sebenar
Al-hujuraat :13
“ hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”
Insyaallah,
Program terdekat yang bakal disertai oleh SPIN :
1) THE 7TH WORLD CONFERENCE ON MUSLIM EDUCATION ( 21-23 Disember 2009)
Tarikh konferens adalah pada 21-23 Disember 2009 (Isnin-Rabu)
http://world-come2009.com/
2) ASIA PASIFIC CONFERENCE 2010( EARLY CHILHOOD EDUCATION)
Rujukan:
- http://mencarimardhotillah.blogspot.com/2009/11/asia-pasific-conferens-2010-early.html#links
Maklumat seterusnya akan terus di update. Insyaallah.
Ali imran : 140
Jika kamu( pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum(kafir) itupun (pada perang Badar ) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran ) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran) dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikanNya ( gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.
Salam perjuangan buat penggerak-penggerak sekretariat!
http://www.kongrespendidikan.blogspot.com Read More…
AL HUJURAAT:13
PENGORBANAN
AssalamualaikumWBT
Mampukah kita menjadi seperti lilin yg sanggup membakar dan dibakar dirinya demi ingin memberi cahaya kpd pembakarnya?
sanggup @ tidak sanggup, itulah tujuan lilin dijadikan, utk dibakar dirinya dan digunakan utk menyinari alam
begitu juga kita, selaku hamba ALLAHSWT yg hina, dijadikan dr air mani yg hina
dilahirkan sebagai khalifah ALLAH dan hambaNYA
hambaNYA, utk melakukan apa yg disuruhNYA, meninggal apa yg dilarangNYA
khalifahNYA, utk menyeru pada yg maaruf, mencegah yg munkar
menyeru pd kebaikan, mencegak kejahatan
persoalannya, mampukah kita berkorban sbg hambaNYA?
pengorbanan, sesuatu yg mudah diucapkan, namun susah utk direalisasikan
pepatah barat ada mengatakan, "manusia hanya pandai berkata-kata dari melakukan"
benarkh pepatah ini, @ hanya anggapan kosong Barat?
pengorbanan meliputi segala aspek,
dlm kehidupan sebagai manusia, kita tidak terlepas dr menjadi seorang anak, seorang kakak, seorang abg, seorang adk, seorang suami dan seorang isteri
semuanya merupakan pengorbanan didunia yg sementara ini, utk bekalan di darul akhirat
us hasrizal pesa, "memberilah sebanyak-banyaknya, didunia ini, memberi dr konteks seorang hambaNYA, utk menerima DI DARUL AKHIRAT.
"taatlah pada ALLAH, pd RasulNYA , pd kedua ibubapamu..
ya, kita perlu taat pd ALLAH, pd RasulNya dan pd kedua ibubapa kita
mampukah kita mengorbankan diri demi ibubapa kita?
menurut apa yg dipesannya, mendengar setiap kata-katanya, pesannya, amanahnya, kerungsingannya, masalahnya,
salahkah kita menurut apa yg ibubapa inginkn?
selama bertahun-tahun mrka mebesarkan kita sbg seorang insan yg soleh, insan yg solehah, namun bila kepentingan diri kita mengatasi segalanya, masih mampukah kita menjaga ibubapa sepertimana mereka menjaga kita?
penat lelah merka memberi pelajaran pd kita, mmberi ilmu-ilmu agama pd kita, mmberi pakaian yg bagus2, makanan yg sihat2, pg petang bekerja utk menyara kita,
tak salah andai setiap permintaan mereka kita turuti
pengorbanan seorang abg terhadap seorang adik, pengorbanan seorang kakak terhadap adik, juga pengorbanan seorang adik terhadap kakak dan abg
jika ditanya siapa yg perlu berkorban kebahagiaan demi ingin melihat kebahagiaan kakak dan abg, sayalh org pertama yg ingin berkorban Read More…
aku terima nikahnya
petikan dari buku karangan us hasrizal
ERTI SEBUAH PERKAHWINAN
"..Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai.." Pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan SMS?
Subhanallah, perkahwinan yg diredhai, percintaan selepas perkahwinan, bukan sebelum perkahwinan begitu juga bukan selepas pertunangan.
Bertunang cuma mengikat, dan jangan sesekali berkahwin sebelum berkahwin.
jika kita menjaga hak-hak ALLAHSWT, nescaya ALLAHSWT juga akan menjaga kita.
Remaja zaman sekarang tidak lagi mengendahkan nilai-nilai ISLAM diatas malah semuanya menjadi songsang. Bercinta sblm berkahwin, berdua-duaan sebelum kahwin dan melakukan hubungan suami isteri sblm berkahwin.
" Zaman remaja adalah zaman gila-gila "- sabda NABISAW
Gunakanlah zaman remaja ini utk berjuang di jalan ISLAM, untuk melakukan kerja-kerja dakwah, melebarkan sayap-sayap perjuangan. Alangkah bangganya didepan ALLAHSWT nanti bila ditanya apa yang kamu lakukan dizaman remaja mu."
"Aku berjuang ya ALLAHSWT, Aku membantu gerak-gerak kerja ISLAM semampu ku YA ALLAH, aku menjaga kedua ibubapaku YA ALLAH, ibubapa yang menjadi amanah bagiku YA ALLAH, aku rindukan pertemuan denganmu YA ALLAH "..
Soal jodah, banyak-banyakanlah memohon pada ALLAHSWT
"Lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.."
yakinlah,
TUJUAN BERUMAHTANGGA
" Ya, saya mahu berumah tangga bukan utntuk menerima. Saya berumahtangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu ialah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan daripada isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil manapun kebaikan itu.
" Memberilah dengan kasih sayang, agar diterima dengan kasih sayang "
pesan us dzulkhairi
“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”
Read More…
TAKZIAH BUAT USTAZ RAMADHAN FITRI
(Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias & Ukhti Khadijah Ismail)
Almarhumah anakanda Nur Fatimah bersama ibu dan bapanya, Ukhti Khadijah Ismail dan Ustaz Mohd. Ramadhan Fitri Elias [kredit sumber]
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji'oon…
Saya kehilangan perkataan. Terlalu sedih tatkala menyambut berita pagi ini.
Anakanda Nur Fatimah, cahaya mata pertama buat sahabat seperjuangan saya Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias dan Ukhti Khadijah Ismail, telah bertemu dengan janji Allah kepadanya. Setelah dua minggu bertarung nyawa di ICU Hospital Putra Jaya, anakanda Nur Fatimah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6:20 pagi, di subuh hening Dhulqaedah ketiga 1430H.
TAWA AKHIRNYA DI MATA KAMI
Baru sahaja saya dan isteri bertemu dengan anakanda Nur Fatimah semasa kami berkunjung ke rumah sahabat di petang Syawwal.
Masih teringat senyum tawa si anak kecil malam itu.
Terkenang kembali saat-saat kelam kabut saya dan Ustaz Ramadhan semasa menguruskan kelahiran anakanda masing-masing. Ahmad Muizzuddin lahir 11 hari selepas anakanda Nur Fatimah menjengah hidup di pelukan ibu bapanya.
"Teringat balik kata-kata ustaz tentang kisah bangun malam, mata merah dan cabaran mengantuk di tempat kerja," gurau Ustaz Ramadhan yang ketika itu baru sahaja menyertai `Kelab Mata Merah', gelaran yang sering saya berikan kepada kaum bapa yang menyambut kelahiran anak kecil.
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita yang amat mengganggu fikiran.
Anakanda Nur Fatimah mengalami sawan, dimasukkan ke wad pediatrik biasa di Hospital Putra Jaya.Keadaan menjadi semakin kritikal hingga anakanda dipindahkan ke wad ICU. Di situ, anakanda Nur Fatimah terlantar, intubated dan ventilated. Pada usia yang begitu muda dan tubuh yang masih kecil, beliau bertarung nyawa dengan dua inotropic supports.
ZIARAH DI ICU
Jumaat lalu, saya dan isteri berjaya mencuri masa berkejar ke Hospital Putra Jaya untuk menziarahi mereka.
Saya berasa lega dengan keadaan Ustaz Ramadhan dan isteri yang tenang dan mereka mampu berbicara dengan lapang fikiran tentang segala perkembangan dan kebarangkalian yang menanti di hadapan. Saya yang ketika itu bertarung emosi. Tidak mudah untuk sesiapa sahaja melihat melihat anak kecil dipenuhi tiub dan wayar di seluruh tubuh.
Saya biarkan sahaja Ummu Saif berbicara untuk berbincang tentang keadaan anakanda Nur Fatimah. Sebaliknya saya banyak mendiamkan diri kerana mahu menahan air mata dari mengganggu pertarungan dalaman Ustaz Ramadhan dan isteri. Sedih sekali.
Di hari itu, anakanda Nur Fatimah sudah tidak menerima sedation. Beliau terus menerus berada di dalam deep coma dan tidak memberikan sebarang tindak balas kepada apa-apa stimulasi. Dalam erti kata yang lain, pada Jumaat 16 Oktober lalu, anakanda Nur Fatimah sudah berada di dalam keadaan koma dan hanya bertahan dengan bantuan ubat untuk jantung sahaja tanpa sebarang aktiviti otak lagi.
"Doakan untuknya ya ustaz!" kata Ustaz Ramadhan Fitri kepada saya di saat perpisahan kami.
"Ana juga doakan untuk ibu dan bapa Nur Fatimah, ya akhi. Semoga antum berdua tabah!" saya menjawab.
Kami berpelukan dan berpisah.
PUNCA YANG SUKAR DITENTU
Sukar untuk ditentukan apakah punca kepada keadaan anakanda Nur Fatimah ketika itu.
Beberapa ujian sudah dilakukan dan kebarangkalian berkaitan jangkitan seperti meningitis atau isu metabolik yang berkaitan dengan genetik juga sudah diketepikan. Tanpa sebarang tanda trauma yang ketara di luaran tubuh anakanda, apa yang tinggal adalah kebarangkalian insiden Shaken Baby Syndrome, yakni gegaran otak yang berlaku atas sebab yang pelbagai.
Oleh kerana anakanda Nur Fatimah menunjukkan kemerosotan yang berperingkat sebelum beliau koma, maka sukar sekali untuk ditentukan apakah insiden dan di manakah berlakunya kejadian yang mencetuskan gegaran itu. Tahap toleransi anak-anak yang berbeza terhadap gegaran ini, menjadi iktibar buat saya dan kita semua agar tidak lupa kepada hakikat bahawa seorang bayi amat fragile.
Gegaran boleh berlaku dengan timangan kasih sayang yang sederhana, henjutan buaian malah ada kes yang membabitkan anak yang dihimpit seketika oleh ibu atau selalunya bapa semasa tidur bersama.
Oh… sukar sekali.
Saya memeluk anak-anak.
Setiap hari mereka membesar, ia adalah suatu kejayaan melepasi ujian-ujian kehidupan.
Wajah anakanda kami Ahmad Muizzuddin saya tatap, dengan doa dan harapan agar beliau terus membesar dengan selamat.
Terasa benar satu kekosongan di hati tatkala mengenangkan pemergian anakanda Nur Fatimah, si kakak yang hanya berpeluang seketika melimpahkan sejuk mata dan damai jiwa ke hati ayah dan bondanya.
SECEBIS KISAH DI DIARI NUBUWWAH
Terkenang saya kepada selubung duka yang melanda Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam ketika masih letih pulang dari misi Tabuk, menyambut berita geringnya anak lelaki baginda, Ibrahim. Di dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawood dan Sunan Ibn Majah, tercatat kisah berikut:
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam masuk ke kamar dan kami menemaninya… dan Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mata Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam basah dengan limpahan air mata.
Lalu Abd al-Rahman bin Auf berkata, "apakah engkau meratap ya Rasulallah?"
Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam menjawab, "ia adalah sifat rahmah (naluri kasih sayang)."
Baginda Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam menyambung lagi, "sesungguhnya mata kami basah dengan air mata, dan hati kami tepu dengan duka, namun lisan kami tidak mengungkapkan sebarang kata melainkan apa yang diredhai oleh-Nya. Oh Ibrahim, sesungguhnya kami amat sedih dengan pemergianmu…"
Buat Ustaz Mohd Ramadhan Fitri dan Ukhti Khadijah, kuatkanlah hati kalian, dampingilah Dia untuk mengisi kesepian yang ditinggalkan anakanda. Nur Fatimah disinggahsanakan Allah di Sana, menjadi syafaat buat kalian ibu bapanya, hingga ke hari pertemuan dan perjanjian kita sepertinya, suatu ketika nanti.
Saya mewakili ahli keluarga dan seluruh warga Saifulislam. Com mengucapkan takziah buat kalian berdua. Salam kasih sayang dan sokongan semangat daripada kami.
ABU SAIF @ www.saifulislam. com68000 AMPANG Read More…
NASIHAT SYEIKH ABDULKADIR AL JAILANI
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. Read More…
IBU
Setelah keluar dari alam zuriat, wanita bergelar ibu merupakan sumber alam pertama bagi permulaan sesuatu kehidupan manusia.
Menurut Ibn Battuta, seorang ibu berhak menerima kebaikan daripada anaknya kerana susah payah yang dialami sendirian ketika hamil, bersalin dan ketika menyusukan anak.
Ibu adalah orang yang paling berhak menerima kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghargaan daripada anak-anaknya iaitu sebanyak tiga kali ganda jika dibandingkan yang berhak diterima oleh seorang bapa daripada anak-anaknya.
Rasulullah s.a.w. menyebut perkataan ibu sebanyak tiga kali, sedangkan bapa hanya sekali sahaja iaitu pada kali yang ke empat.
Andai berlaku pertembungan keperluan antara bapa dan ibu dalam mendapat khidmat anaknya, maka ibulah yang lebih berhak diutamakan.
Besarnya pengorbanan seorang ibu bernama Siti Hajar yang penuh sabar berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah untuk mencari air bagi menghilangkan dahaga anaknya Nabi Ismail telah diberi penghargaan Allah s.w.t.
Peristiwa itu telah disyariatkan sai dan diberi penghargaan sebagai salah satu daripada rukun Islam yang kelima.
Allah berfirman dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud, ``Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik terhadap kedua-dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah, dan menceraikannya daripada menyusu dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu, hanya kepada Ku-lah kembalimu.''
Felow Amat Utama Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady ketika dihubungi berkata, berdasarkan ayat di atas betapa Allah s.w.t. telah memuliakan kedudukan ibu yang bersusah payah mengandung, melahir dan menyusu anak yang dikandung.
``Amat mengkagumkan apabila Allah s.w.t menyuruh manusia bersyukur kepadaNya dan orang tua terutama ibu dalam sebaris penyataan.
``Sesungguhnya mentaati ibu adalah fardhu ain selepas manusia mentaati Allah s.w.t,''katanya.
Sungguh membanggakan apabila Allah s.w.t. telah menceritakan kisah ibu dalam al-Quran dengan cara yang amat menyenangkan.
``Ibu dalam al-Quran cukup dimuliakan, contohnya dalam surah Al-Qasas ayat 13 Allah berfirman yang bermaksud, ``Maka Kami kembalikannya (Musa) kepangkuan ibunya supaya menyenangkan hatinya dan tidak berduka.''
``Ibu nabi Musa telah melahirkan anaknya dengan susah payah tetapi kekejaman Firaun memisahkan mereka.
``Namun alangkah besarnya rahmat Tuhan terhadap ibu kerana selepas menghadapi halangan dapatlah dia hidup lebih bahagia dengan menyusukan sendiri anaknya dan mengasuh sehingga besar dengan perbelanjaan dari istana.
``Sebab dengan menjadi pengasuh dan menyusukan anak raja (Musa) itu, ibu Musa sekeluarga telah dihormati oleh seluruh penduduk negara,''katanya.
Di dalam surah Al-Isra' ayat 23 pula Allah berfirman yang antara lain bermaksud, ``Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata ah! dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun).
Menurut Dr. Uthman, jasa dan pengorbanan ibu tidak ada tolok bandingnya atau diukur dengan apa juga kemewahan di dunia ini.
``Dalam zaman serba moden ini, generasi hari ini wajar dihadapkan dengan beberapa contoh ibu-ibu mulia di zaman nabi agar mereka lebih mentaati ibu masing-masing.
``Satu kenyataan sangat hebat dan menunjukkan keunggulan ibu di dalam Islam, anak lelaki berpangkat jeneral sekali pun, jika keluar berjihad wajib minta izin ibunya terlebih dahulu.
``Di dalam riwayat At-Thabrani, datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, wahai Rasulullah: ``Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah.''
``Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya, ``Apakah ibumu masih hidup?'' Orang itu menjawab: ``Ya,''
Rasulullah s.a.w. bersabda. ``Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.''
``Para ulamak menghuraikan, hendaklah berbuat baik, bergaul, menghormati, merendah diri dan tidak derhaka kepada ibu dan mencari keredaannya di dalam semua perkara,''kata Dr. Uthman.
Menjelaskan lebih lanjut, di dalam hadis riwayat At-Tarmizi, datang seorang lelaki kepada nabi dan berkata, ``Sesungguhnya saya melakukan satu dosa dan bolehkan saya bertaubat. Rasulullah s.a.w. bertanya, ``Kamu ada ibu?'' Jawab lelaki itu tidak ada. Rasulullah bertanya lagi, ``Apakah kamu mempunyai ibu saudara daripada sebelah ibumu?''. Lelaki itu menjawab ada. Rasulullah s.a.w. berkata, berbuat baiklah kepada ibu saudaramu semoga Allah akan mengampunkan kamu.''
``Berdasarkan hadis tersebut, menerangkan besarnya kedudukan ibu, jika mereka sudah tiada, maka gantinya adalah saudaranya sendiri,''katanya Read More…
PELAJAR UIA SYAHID DI PALESTIN
Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta.
Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.
Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen. Read More…
PASTIKAN SETIAP KEJE KRN ALLAHSWT
teringat kata2 shbt
pastikan setiap keje yg kita buat krn ALLAHSWT
IMAN YANG PALING UTAMA IALAH KITA SENTIASA MERASAI ALLAHSWT ADA BERSMA2 KITA
ALLAH MELIHAT, ALLAH MENDENGAR DAN ALLAH TAHU ISI HATI KITA
BILA KITA NK TIDO, KITA BAYANGKAN ALLAH
BILA KITA BANGUN TIDO, KITA NAMPAK ALLAH
ALLAH TAK TIDO , TP KITA TIDO
ALLAH SENTIASA TENGOK KITA, ALLAH MAHA ADIL
BILA KITA BUAT BAIK, ALLAH BAGI HATI KITA TENANG, ALLAH BAGI KEBAIKAN JG PD KITA
TP BILA KITA BT JAHAT @ MAKSIAT, ALLAH AKAN BALAS YG SETIMPAL JG
ALLAH SAYANG KAN KITA
ALLAH BG MACAM2 PD KITA Read More…
KEPADA SAUDARIKU
Ini adalah sepucuk surat buat segenap ukhti yang beriman kepada Alloh dan hari akhir. Buat segenap wanita… baik sebagai ummi, ukhti, istri maupun binti…yang oleh Alloh Ta’ala telah diberi amanah memelihara tanggung jawabnya masing-masing… niscaya di hari kiamat kelak akan menanyakan apa yang menjadi tangggung jawab anti semua.
Buat segenap remaja putri yang mengimani Alloh… buat siapa saja yang hari ini menjadi ukhti… kemudian esok bakal menjadi istri dan selanjutnya menjadi ummi.
Wahai wanita yang mengimani Alloh sebagai Rabb-nya, Islam sebagai dien-nya dan Muhammad sebagai nabi serta rasulnya. Mudah-mudahan engkau pernah membaca seruan nan luhur dari Alloh: “Hai istri-istri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan suara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap berada di dalam rumahamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Alloh dan Rasul-Nya… (Al Ahzab: 32-33)
Itulah seruan Alloh kepada siapa saja yang memahami firman-Nya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan wanita yang mukmin apabila Alloh dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang saiap yang mendurhakai Alloh dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata. (Al Ahzab: 36)
Wahai ukhti… bacalah dan jangan terperdaya. Engkau hidup di zaman dimana kehinaan telah menguasai keutamaan. Karena itu berhati-hatilah terhadap mode-mode busana menyolok para wanita telanjang, mode-mode yang menjadi salah satu penyebab kejahatan dan kerusakan.
Wahai ukhti… janganlah engkau terperdaya oleh para dajjal, turis-turis yang menyerukan tabarruj dan buka-bukaan. Mereka adalah musuh-musuhmu wahai putri Islam-khususnya- dan musuh para kaum muslimin pada umumnya.
Wahai ukhti… sebenarnya Alloh telah menurunkan ayat-ayatNya yang telah jelas, supaya dengan melaksanakan tuntunan-tuntunan syari’at yang ada di dalamnya, engkau menjadi terpelihara dan tersucikan dari kotoran-kotoran jahiliyah yang hari ini, musuh-musuh Islam, para penyeru kebebasan, berusaha keras untuk sekali lagi mengembalikan kaum wanita ke abad jahiliyah dengan bersembunyidi bawah cover Peradaban, Modernisasi dan Kebebasan.
Namun sebenarnya orang-orang gila itu lupa dan tidak pernah memperhatikan bahwa wanita muslimah tidak mungkin akan dapat menerima pembebasan dirinya lepas dari pengabdiannya kepada rabb-Nya untuk kemudian jatuh menjadi mangsa bagi budak-budak tentara iblis.
Wahai putri Islam…para penyeru tabarruj dan buka-bukaan amat berambisi untuk melepaskan hijabmu, mereka berlomba-lomba ingin mengeluarkanmu dari rumah-rumahmu dengan dalih emansipasi.
Sayang seribu kali sayang, ternyata banyak wanita yang telah keluar rumah dengan pakaian yang menampakan ketelanjangannya (berpakaian tapi telanjang). Mereka berjalan berlenggak-lenggok, sanggul kepalanya seperti punuk onta, menggugah kelelakian kaum lelaki dan membangkitkan letupan-letupan nafsu seksual yang mestinya terpendam.
Wahai putri fitrah… janganlah engkau tertipu dengan semboyan peradaban yang sebenarnya hanya akan menjajakan wanita sebagai barang dagangan yang ditawarkan kepada siapa saja yang menghendakinya. Jangan pula engkau tertipu dengan tipu daya yang tak tahu malu. Alloh berfirman: “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan manusia yang ada di muka bumi niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Alloh, tidaklah mereka mengikuti melainkan hanya persangkaan belaka dan tidaklah mereka melainkan hanya berdusta. (Al An’am: 116)
Pada busana sebatas lutut engkau bergegas? Demi Alloh, sungai manakah yang kan engkau seberangi ?
Seolah pakaian masih panjang di pagi hari
Namun kian tersingsing saat demi saat
Engkau sangka kamu laki-laki itu tanpa rasa ?
Sebab engkau mungkin tak lagi punya rasa ?
Tidak malukah engkau terhadap pandangan-pandangan mata itu ?
Aduhai ukhti… ! bacalah dan jangan terperdaya! Malukah engkau untuk bertaqwa dan berbusana iman ? Sementara engkau tiada malu untuk bertabarruj dan buka-bukaan ?
Wahai ukhti…, adakah akan merugikanmu penghinaan kaum juhala (orang-orang yang bodoh) itu selama kita berada di atas al haq sedang mereka di atas al bathil ?
Tidakkah engkau dengar firman Alloh: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulunya di dunia menertawakan orang-orang yang beriman. Dan bila orang-orang yang beriman lewat di hadapan mereka mereka saling mengedip-edipkan matanya. Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali dengan gembira. Dan jika mereka melihat orang-orang mukmin mereka berkata: ‘Sungguh mereka itu benar-benar orang yang sesat’, padahal orang-orang yang berdosa itu tiada dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mukmin. Maka pada hari ini, orang–orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir, mereka duduk di atas dipan-dipan sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Al Muthafifin: 29-36)
Wahai ukhti… siapa yang kelak tertawa di akhirat niscaya dia akan banyak tertawa.
Atau engkau pernah berfikir bahwa hijabmu itu akan menghalanginya untuk mendapatkan seorang suami?
Hai ukhti… Demi Alloh! Pikiran itu hanyalah waswasah (bisikan) syetan.
Tidakkah engaku tahu bahwa Alloh telah menetapkan bagi wanita pasangannya masing-masing? Maka karena itu dengarkan firman-Nya: “Perempuan-perempuan buruk (jahat) untuk pasangan laki-laki yang buruk (jahat). Laki-laki yang buruk untuk pasangan perempuan-perempuan yang buruk pula. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk pasangan laki-laki yang baik untuk pasangan perempuan-prempauan yang baik.” (An Nur: 26)
Oleh sebab itu mestinya engkau jangan ridha kecuali jika menjadi pedamping seorang suami yang baik, yang berpegang teguh pada ajaran diennya dan selalu merasa diawasi oleh Rabbnya.
Suami seperti inilah yang engkau bakal merasa aman bagi jaminan hidup masa depanmu. Lihatlah! Di sana banyak sekali putri-putri sebangsamu yang terjebak dalam tipu daya kehidupan Romantisme dan Cinta menyesatkan. Ternayata banyak di antara mereka kemudian gagal dalam menempuh jalan hidupnya…. Begitu tragis.
Alloh berfirman: “…barang siapa yang bertqwa kepada Alloh niscya Alloh butakan baginya jalan keluar dan niscaya Dia akan memberinya rizki dari jalan (arah) yang tiada disangka-sangkanya.” (At Thalaq: 2-3)
Tapi bagaimanakah engkau sanggup berbusana seperti ini di tengah musim panas dan teriknya sengatan matahari ?
Wahai putri fitrah… sesungguhnya di dalam iman terdapat rasa manis bagi jiwadan rasa tentram bagi dada. Kalau engkau tahu bahwa neraka jahannam itu lebih panas niscaya segala rasa panas dunia akan, menjadi ringan bagimu.
Ketahuilah, sungguh seringan-ringannya orang yang disiksa di neraka pada hari kiamat aialah seseorang yang di bawah telapak kakinya diletakkan sepotong ‘bara’ dari api neraka, tetapi dari sepotong bara di bawah kakinya itu kan mendidih otaknya…
Waspadalah akan godaan-godaan syetan. Dengan demikain apakah gerangan yang menyebabkanmu berpaling dari seruan Alloh? Dunia dan perhiasannyakah …?
Bacalah firman-Nya: “Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permaianan, perhiasan dan bermegah-megahan anatar kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya itu mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya menjadi kuning kemudian manjadi hancur. Dan akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunaan dari Alloh serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenagan yang menipu.” (Al Hadid: 20)
Atau adakah engaku kini sedang bergembira ria dengan para pemuda dan dengan dunia kecantikan, seraya engaku katakana: “Nantilah saya akan berhijab kalau umurku sudah tua” ?
Ketahuilah –semoga Alloh menunjuki kita semua- bahwa apa yang engku gembirakan itu adalah nikmat Alloh sebab; “Apa-apa yang ada padamu dari suatu nikmat maka ia adalah datangnya dari Alloh.” (an Nahl: 53)
Mestinya engkau wajib bersyukur kepada Alloh dengan cara mentaati-Nya.
betapa banyak remaja yang hari-harimnya penuh tawa…
padahal kain-kain kafan t’lah siap untuknya
sedang ia tak mengira betapa banyak temanten putri dihias ‘tuk sang suami tiba-tiba nyawa melayang di malam taqdir
Wahai ukhti… kembalilah segera kepada nilai-nilai dan prinsip Islam, niscaya harga diri dan kehormatanmu akan terjaga di hadapan siapa saja. Angkatlah kemuliaanmu wahai ukhti dengan cara menutup aurat dan berhijab. Semoga Alloh memberi taufik kepada kita semua untuk bisa melakukan apa yang dicintai dan diridahi-Nya. Akhirnya akau memohon pada Alloh agar Ia menjadikan amalan kita ikhlas karena wajah-Nya. (Syeikh Faris Al Jabushi) Read More…
ALFATONAH ENTERPRISE
Alhamdulillah
akhirnya, sebuah syarikat yang menjadi impian selama ini akhirnya direalisasikan
dengan ini diperakui bahawa perniagaan yang dijalankan dengan nama
ALFATONAH ENTERPRISE
telah didaftarkan dari hari ini sehingga 10 Ogos 2010 menurut peruntukan-peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
NO PENDAFTARAN : IP0311269-V
JENIS PERNIAGAAN :
PAKAIAN MUSLIMAH, BUTTON BUDGE, STICKER, KEYCHAIN, TERJEMAHAN QURAN, BAHAN BACAAN, MENGAMBIL TEMPAHN BAJU,MAKANAN,MINUMAN,PRODUK MUSLIM, DAN LAIN-LAIN
MARILAH BERSAMA2 JIHAD EKONOMI
INSYAALLAH
JIKA BUKAN KITA SIAPA LAGI? JIKA BUKAN SEKARANG, BILA LG?
SALAM PERJUANGAN
http://alfatonahenterprise.com
http://www.alfatonah.blogspot.com Read More…
ingin sambung master
Assalamualaikum wbt
Salam perjuangan buat shbt2 sekalian
Insyaallah, jika diizinkan ALLAHSWT ana ingin menyambung master ketika msh berpraktikum
En Halim ada memberitahu mengenainya Cuma ana tidak dpt penerangan lanjut
Jd, disini ana ada bberapa persoalan utk shbt2 yg ada info mengenainya :
1)apakah univ2 yg menwarkan master utk kemasukan awal thn depan, 2010
2) apakah syrat2 yg diperlukan
3) blh tak sambung master dalam bidang yg lain dgn bidang degree skrg?
Cthnya, ana ambil pendidikan math, blh x jika master bidang lain?
-jika ada shbt2 yg ada info, mohon contact ana segera utk ana arrange planning ana,
-
-syukran ala kulli hal
n. farzana
0132226190 Read More…
mencari peluang perniagaan islamik
bertitik tolak dr pembacaan buku karangan seorang shbt, mnengenai tokoh islam ,Abdul Rahman Bin Auf, yang berjaya melumpuhkan ekonomi yahudi, sy terpanggil-panggil utk mencari peluang perniagaan berbentuk islamik.Perniagaan yang diharapkan dpt membantu ekonomi diri, keluarga dan gerak kerja islam khususnya. Read More…
BETUL KATA MAMA
Dalam jam 11 pagi keesokan harinya, bapa saudara saya datang ke rumah dan memberi ikan-ikan hasil tangkapannya. Tiba-tiba terdetik di hati saya, “ betul kata mama”.
Nak kata kat sini, betul kata ibu kita. Jangan membantah sewenang-wenangnya
” keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan ibubapa ” Read More…
Rangsang Diri utk Berubah
Sblm ini sy pernah menulis mengenai setiap hari adalah hr2 dlm bulan ramdhan. Tp itu adalh teknik penceritaan
Mungkin sudah tiba masanya sy menulis utk mengajak shbt2 bersama2 sy dlm berubah kea rah kebaikan.
Method yg sy gunakan lbh pd memotivasikan diri kita sendiri berdasarkan pengalaman yg tlh dilalui. Mana mungkin kita blh mnceritakan sesuatu agar berkesan dan efektif jika kita tidak mengalaminya sendiri,
Rangsang diri utk berubah menjadi tajuk pilihan artikel sy pd kali ini.
Anda ada potensi utk berubah dan yakinlah anda adalah ummat yang TERBAIK.
Antara method yg sy gunakan utk rangsang diri ini sentiasa berubah ialah dgn menganggap setiap hari adalah hr2 dlm bulan Ramadhan. Sy menyatakan demikian krn kita sudah sedia maklum, bulan ramdhan merupakan bulan pengampunan, bulan rahmat bg seluruh ummat ISLAM. Kita sudah mind setkan bhwa bilaman tiba bulan ramadhan kit akan mula compete utk mmbuat kebaikan, pd bulan ini juga kita akan rasa takut utk berbuat dosa, dan kita akan rasa ALLAH dimana2
Jika tiba bulan Ramadhan, kita kan hiasi setiap masa dgn amalan2 mulia krn kita jg tahu bhwa syaitan laknatullah dirantai pd bulan ini, pintu2 syurga terbuka luas, pintu2 kebaikan menanti2 amalan2 kita.
Bermula dari 1 ramadhan, subuhnya, dhuhanya, zohornya, asarnya dan mula cooperate utk iftarnya, maghrib, isyak, terawihnya berjemaah, kita akn mula bertadarus utk menghidupkan mlm2 bulan ramadhan krn kita menunggu mlm yg penuh kerahmatan iaitu mlm lailatul qadar sehinggakan kita takut utk tidur pd waktu mlm krn kita takut ruginya kita andai terlepas mlm lailatul qadar itu. Setiap hari dlm bulan ramdhan kita merasakan bahawa ALLAH bersama2 kita dlm setiap hembusan nafas, dalam setiap hal, hati yg keras mnjadi lembut, bkn krn apa tapi kerana bulan RAMADHAN itu sendiri.Rebutlah peluang utk berbuat kebaikan.
Disini sy bawakan kisah bagaimana Saidina Umar R.A cuba mengatasi Saidina Abu Bakar. Umar R.A meriwayatkan:
” suatu ketika Rasulullah SAW meminta sumbnagan utk tujuanperbelanjaan yg akan digunakan di jalan ALLAH. Pd ketika itu daku mmiliki bberapa harta. Daku berfikir sejenak.”kerapkali Abu Bakar R.A mengatasiku dlm mmbelanjakan sseuatu ke jalan ALLAH. Pd kali ini, dgn izin ALLAH, nescaya daku dpt mngatasinya krn daku mmiliki harta utk dibelanjakan.” daku pun pulang dgn penuh riang gembira bersma2 fikiran tersebut. Kesemua hartaku ku bahagikan sama byk kpd dua bahagian. Sebahagian utk kluargaku dan sebahagian lain kubawakan kehadapan RASULULLAH SAW lalu baginda mula2 menegurku :
RASULULLAH : ”Adakah kamu tinggalkan sesuatu utk keluargamu Umar ?’
UMAR : ”Ya, wahai Rasulullah ”
RASULULLAH : ” Berapa byk yg kamu tinggalkan ?’
UMAR : ” Separuh’
Lalu dtglah Abu Bakar R.A bersama hartanya. Telah tersebar berita bhwa beliau tlh mmbawa segala harta kepunyaannya.
Beginilah perbualan yg daku dengar :
RASULULLAH : “apakah yg telah kamu tinggalkan utk keluargamu, Abu Bakar ?’
ABU BAKAR : “Daku telah tinggalkan utk mereka Allah dan Rasul”
Umar R.A pun berkata bhwa sejak pd hr itu, beliau pun mngakui bhwa beliau tidak dpt mngatasi Abu Bakar R.A.
Allah berfirman dlm al-quran:
“ Kerana itu berlumba-lumbalah berbuat kebajikan .”
( S5:48)
Rujukan : KISAH KEHIDUPAN DAN PERJUANGAN PARA SAHABAT R.A oleh SHEIKH MUHAMMAD ZAKARIYA.
Jd skrg ini, rangsang diri kita utk berubah, rangsang utk berlumba2 ke arah kebaikan, sentiasa merasai bhwa setiap bulan adalan bulan2 Ramadhan. Rasakan rahmat ALLAH itu luas. Bersyukurlah walau sedikit, mana mgkn kita bersyukur yg banyak andaikata yg sedikit pun kita tak bersyukur.
Nampaklah ALLAH dimana-mana kita berada.Iman yg paling utama ialah kita sentiasa merasai ALLAH ada bersama2 kita, ALLAH MELIHAT , ALLAH MENDENGAR dan ALLAH TAHU ISI HATI kita.
Rangsanglah diri kita utk berubah ke arah yg lebih baik. Read More…
MUSLIMAT, CONTOHI ASMA`
(Puteri-puteri Teladan dalam Islam)
________________________________________
Sumber: "An-Nisaa' Haula Ar-Rasuul" (diterjemahkan menjadi "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW") yang disusun oleh Muhammad Ibrahim Salim. Diketik oleh Hanies Ambarsari.
________________________________________
Dia seorang wanita muhajir yang mulia dan tokoh yang besar kerana akal dan kemuliaan jiwa serta kemahuannya yang kuat. Asma' dilahirkan tahun 27 sebelum Hijrah. Asma' 10 tahun lebih tua daripada saudaranya seayah, Aisyah, Ummul Mu'minin dan dia adalah saudara se- kandung dari Abdullah bin Abu Bakar.
Asma' mendapat gelar Dzatun nithaqain (si empunya dua ikat pinggang), kerana dia mengambil ikat pinggangnya, lalu memotongnya menjadi dua. Kemudian, yang satu dia gunakan untuk sufrah (bungkus makanan untuk bekal) Rasulullah SAW, dan yang lain sebagai pembungkus qirbahnya pada waktu malam, ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakar Ash- Shiddiq keluar menuju gua.
Penduduk Syam mengolok-olok Ibnu Zubair dengan julukan "Dzaatun nithaqain" ketika mereka memeranginya. Maka Asma' bertanya kepada puteranya itu, Abdullah bin Zubair :"Mereka mengolok-olokkan kamu ?" Abdullah menjawab :"Ya." Maka Asma' berkata :"Demi Allah, dia adalah benar."
Ketika Asma' menghadap Al-Hajjaj, dia berkata: "Bagaimana engkau mengolok-olok Abdullah dengan julukan Dzatun nitha- qain ? Memang, aku mempunyai sepotong ikat pinggang yang harus dipakai oleh orang perempuan dan sepotong ikat pinggang untuk menutupi makanan Rasulullah SAW." Asma' telah lama masuk Islam di Mekkah, sesudah 17 orang dan berbai'at kepada Nabi SAW, serta beriman kepadanya dengan iman yang kuat Pengamalan Islam Asma' yang Baik Pada suatu ketika, datang Qatilah binti Abdul Uzza kepada puterinya, Asma' binti Abu Bakar Ash-Shiddiq, sedangkan Abu Bakar telah menalaknya di zaman jahiliyyah, membawa hadiah-hadiah berupa kismis, samin dan anting-anting. Namun Asma' menolak hadiah tersebut dan tidak mengizinkannya memasuki rumahnya. Kemudian dia memberitahu Aisyah :"Tanyakan kepada Rasulullah SAW ....?" Aisyah menjawab :"Biarlah dia memasuki rumahnya dan dia (Asma') boleh menerima hadiahnya."
Tindakan Asma' yang Baik
Abu Bakar r.a. membawa seluruh hartanya yang berjumlah 5.000 atau 6.000 ketika Rasulullah SAW pergi hijrah. Kemudian kakaknya, Abu Quhafah datang kepada Asma' sedangkan dia seorang buta. Abu Quhafah berkata :"Demi Allah, sungguh aku lihat dia telah menyusahkan kalian dengan hartanya, sebagaiamana dia telah menyusahkan kalian dengan dirinya." Maka Asma' berkata kepadanya:"Sekali-kali tidak, wahai, Kakak! Beliau telah meninggalkan kebaikan yang banyak bagi kita."
Kemudian Asma' mengambil batu-batu dan meletakkanya di lubang angin, di mana ayahnya pernah meletakkan uang itu. Kemudian dia menutupinya dengan selembar baju. Setelah itu Asma' memegang tangannya (Abu Quhafah) dan berkata: "Letakkan tangan Anda di atas uang ini." Maka kakaknya meletakkan tangannya di atasnya dan berkata :"Tidaklah mengapa jika dia tinggalkan ini bagi kalian, maka dia (berarti) telah berbuat baik. Ini sudah cukup bagi kalian."
Sebenarnya Abu Bakar tidak meninggalkan sesuatu pun bagi keluarganya, tetapi Asma' ingin menenangkan hati orang tua itu. Az-Zubair ibnul Awwam menikah dengannya, sementara dia tidak mempunyai harta dan sahaya maupun lainnya, kecuali kuda. Maka Asma' memberi makan kudanya dan mencukupi kebutuhan serta melatihnya. Menumbuk biji kurma untuk makanan kuda, memberinya air minum dan membuat adunan roti. Suatu ketika Az-Zubair bersikap keras terhadapnya, maka Asma' datang kepada ayahnya dan mengeluhkan hal itu.
Maka sang ayah pun berkata : "Wahai anakku, sabarlah! Sesungguhnya wanita itu apabila bersuami seorang yang sholeh, kemudian suaminya meninggal dunia, sedang isterinya tidak menikah lagi, maka keduanya akan berkumpul di surga." Asma' datang kepada Nabi SAW, lalu bertanya :"Wahai, Rasulullah, aku tidak punya sesuatu di rumahku, kecuali apa yang diberikan oleh Az- Zubair kepadaku. Bolehkah aku memberikan dan menyedekahkan apa yang diberikan kepadaku olehnya ?"
Maka Nabi SAW menjawab :"Berikanlah (bersedekahlah) sesuai kemampuanmu dan jangan menahannya agar tidak ditahan pula suatu pemberian terhadapmu." Maka Asma' adalah termasuk seorang wanita dermawan. Dari Abdullah bin Zubair r.a. dia berkata :"Tidaklah kulihat dua orang wanita yang lebih dermawan daripada Aisyah dan Asma'." Kedermawanan mereka berbeda. Adapun Aisyah, sesungguhnya dia suka mengumpulkan sesuatu, hingga setelah terkumpul padanya, dia pun membagikannya. Sedangkan Asma', maka dia tidak menyimpan sesuatu untuk besoknya. Asma' adalah seorang wanita yang dermawan dan pemurah. Dia tidak menyimpan sesuatu untuk hari esok. Pernah dia menderita sakit, lalu dia bebaskan semua hamba sahayanya.
Asma' ikut dalam Perang Yarmuk bersama suaminya, Az-Zubair, dan menunjukkan keberaniannya yang baik. Dia membawa sebilah belati dalam pasukan Said bin Ash di masa fitnah, lalu diletakkannya di balik lengan bajunya. Kemudian ditanyakan kepadanya :"Apa yang kamu lakukan dengan membawa ini ?" Asma' menjawab :"Jika ada pencuri masuk kepadaku, maka aku tusuk perutnya."
Umar ibnul Khaththab r.a. memberi tunjangan untuk Asma' sebanyak 1000 dirham. Asma' meriwayatkan 58 hadits dari Nabi SAW; dan dalam suatu riwayat dikatakan : bahwa dia meriwayatkan 56 hadits [Al-Kazaruni, "Mathaali'ul Anwaar"]. Telah sepakat antara Bukhari dan Muslim atas 14 hadits. Bukhari meriwayatkan sendiri atas 4 hadits, sedangkan Muslim juga meriwayatkan sebanyak itu pula. [Al-Hafih Al-Maqdisi, Al-Kamaal fii Ma'rifatir Rijaal].
Dalam satu riwayat : Diceritakan bahwa Asma' meriwayatkan 22 hadits dalam Shahihain. Sedangkan yang disepakati Bukhari dan Muslim 13 hadits. Bukhari meriwayatkan sendiri 5 hadits, sedangkan Muslim meriwayatkan 4 hadits. [Ibnul Jauzi, "Al-Mujtana"]
Asma' Sebagai Penyair dan Pemberani
Asma' adalah wanita penyair dan pemberani yang mempunyai logika dan bayan. Dia berkata mengenai suaminya, Az-Zubair, ketika dibunuh oleh Amru bin Jarmuz Al-Mujasyi'i di Wadi As-Siba' (5 mil dari Basrah) ketika kembali dari Perang Jamal : Ibnu Jarmuz mencurangi seorang pendekar dengan sengaja di waktu perang, sedang dia tidak lari Hai, Amru, kiranya kamu ingatkan dia tentu kamu mendapati dia bukan seorang yang bodoh, tidak kasar hati dan tangannya semoga ibumu menangisi, karena kamu bunuh seoranng Muslim dan kamu akan terima hukuman pembunuhan yang disengaja.
Tekad Asma' yang Kuat, Kemuliaan Jiwa dan Keberaniannya
Kata-kata Asma' kepada puteranya menunjukkan kepada kita tentang makna-makna yang luhur itu. Suatu saat puteranya, Abdullah, datang menemui ibunya, Asma' yang buta dan sudah berusia 100 tahun. Dia berkata kepada ibunya :"Wahai, Ibu, bagaimana pendapat Anda mengenai orang yang telah meninggalkan aku, begitu juga keluargaku." Asma' berkata :"Jangan biarkan anak-anak kecil bani Umayyah mempermainkanmu. Hiduplah secara mulia dan matilah secara mulia. Demi Allah, sungguh aku berharap akan terhibur mengenaimu dengan baik."
Kemudian Abdullah keluar dan bertempur hingga ia mati terbunuh. Konon, Al-Hajjaj bersumpah untuk tidak menurunkannya dari tiang kayu hingga ibunya meminta keringanan baginya. Maka tinggallah dia di situ selama satu tahun. Kemudian ibunya lewat di bawahnya dan berkata : "Tidakkah tiba waktunya bagi orang ini untuk turun ?"
Diriwayatkan, bahwa Al-Hajjaj berkata kepada Asma' setelah Abdullah terbunuh :"Bagaimanakah engkau lihat perbuatanku terhadap puteramu ?" Asma' menjawab :"Engkau telah merosak dunianya, namun dia telah merosak akhiratmu." Asma' wafat di Mekkah dalam usia 100 tahun, sedang giginya tetap utuh, tidak ada yang tanggal dan akalnya masih sempurna. [Mashaadirut Tarjamah : Thabaqaat Ibnu Saad, Taarikh Thabari, Al-Ishaabah dan Siirah Ibnu Hisyam]. Penulis buku, Musthafa Luthfi Al-Manfaluthi mencatat dialog yang terjadi antara Asma' dengan Abdullah, dalam sebuah kasidah yang dianggap sebuah karya seni yang indah.
Dia berkata : Asma' di antara manusia adalah sebaik-baik wanita ia lakukan perbuatan terbaik di saat perpisahan datang kepadanya Ibnu Zubair menyeret baju besi di bawah baju besi berlumur darah Ia berkata : Wahai, Ibu, aku telah payah dengan urusanku antara penawanan yang pahit dan pembunuhan yang keji. Teman-teman dan zaman mengkhianatiku, maka aku tak punya teman selain pedangku kulihat bintangku yang tampak terang telah lenyap dariku dan tidak lagi naik.
Kaumku telah berupaya melindungiku, maka tak ada penolong selain itu jika aku menerimanya. Asma' menjawab dengan kelopak mata yang kering seakan-akan tidak ada tempat sebelumnya bagi air mata. Air mata itu berubah menjadi uap yang naik dari hatinya yang patah. Tidaklah diselamatkan kecuali kehidupan atau ia menjadi tulang-belulang seperti halnya batang pohon kematian di medan perang lebih baik bagimu daripada hidup hina dan tunduk jika orang-orang menelantarkanmu, maka sabar dan tabahlah, karena Allah tidak menelantarkan.
Matilah mulia, sebagaimana engkau hidup mulia dan hiduplah selalu dalam namamu yang mulia dan tinggi tiada di antara hidup dan mati kecuali menyerang di tengah pasukan itu. Kata-kata Asma' kepada puteranya ini akan tetap menjadi cahaya di atas jalan kehidupan yang mulia, yaitu ketika puteranya berkata : "Wahai, Ibu, aku takut jika pasukan Syam membunuhku, mereka akan memotong- motong tubuh dan menyalibku."
Asma' menjawab dengan perkataan yang kukuh seperti gunung, kuat seperti jiwanya, besar seperti imannya, dan perkataan itulah yang menentukan akhir pertempuran : "Hai, Anakku, sesungguhnya kambing yang sudah disembelih tidaklah merasa sakit bila ia dikuliti." Al-Manfaluthi menyudahi kasidahnya dengan perkataan : Datang berita kematian kepada ibunya, maka ia pun mengeluarkan air matanya yang tertahan. Abdullah gugur sebagai syahid dan unggulan nilai-nilai yang tinggi dari ibu teladan. Kisah ini tercatat dalam lembaran-lembaran yang paling cemerlang dalam sejarah orang-orang yang kekal. Wallahu a'lam bishowab. Read More…
setiap hr adalah hr2 dlm bulan ramdhan bgku
Sblm sy meneruskan revision utkpaper optimization rabu ni, sy ingin mengepost entri bertajuk setiap hari adalah hari2 dlm bulan ramdhan. Kata2 ini selalu sy pegang dan kisahnya bermula sewaktu berusia 15 tahun, ketika mengambil ujian PMR. Bermula malam 1 ramadhan, niat dipasang, bermulalah tadarus alquran bermula dr juzu` 1 dan amalan2 lain. Bulan Ramadhan menyajikan pelbagai rahmat , berkat dan Maha Pengasih dan Penyayangnya ALLAH.
Sahur utkpermulaan puasa dikejukan oleh mama dan abah. Ketika ini, hanya tinggal mama, abah, sy dan adik sj.kak ngah dan abg long diasrama berjuang dgn pengajian mereka.kak ngah ketika ini di MRSM PENGKALAN CHEPA, abg pula di MRSM YT BESUT.menjadi seorang kakak dan abg kpd adik serta seorang anak sulung kpd mama dan abah cukup bermakna.Selesai sahur symgajak adk bertadarus bersama. Alhamdulillah suara kelelakiannya sgt enak didengar. Pg itu kami ke sekolah bersama. Tinggal mama di rumah kerana abah turut mengajar di sekolah. Saya membawa quran terjemahan hadiah seorang shbt ke sekolah. Ketika guru tiada dlm kelas, sy akan meneruskan tadarus krn sgt kuat azam utk mnghabiskan 30 juzu` bilaman tiba 30 Ramadhan. Guru kebanyakkan tidak masuk ke kelas krn br selesai mnduduki exam PMR. Kepulangan dr sekolah disambut dgn wajah ceria oleh mama. Ptgnya , sementara menunggu waktu berbuka, sy membantu mama menguruskan pokok2 bunga kesayangan mama, kata mama, pokok2 inilah yg menemani mama di kala anak2 tiada dirumah. Berkat zikir dr mulut mama yg sentiasa terkumat kamit mmbacanya ketika mnguruskan pokok, mnjadikan pokok2 bunga dirumah kami segar dan lebat berbunga. Waktu berbuka, kami disajikan dgn laukpauk masakan mama dan abah. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH mngurniakan sy ibubapa yg sgt baik. Mlmnya pula, kami ke masjid bersama2, sellesai terawih, kami pulang ke rumah utk berehat. Mlmnya kami luangkan masa bersama2, berkongsi cerita, suka duka bersama2.mama dan abah tidur awal krn perlu bekerja lg keesokan harinya.sblm tidur, sy ajak adik berwuduk dan meneruskan tadarus.akhirnya adik tertidur dan meminta sy mngejutkannya utk bersahur. Seawala jam 4 pg lg sy mengejutkan adik, kami bertahajjud dahulu, kemudian kami ke dapur. Terima kasih adikku krn sentiasa menemani kakakmu ini. Sy memanskan kuali dan menggoreng keropok.
Adik menyiapkan air.ketika ini, nampak badan adik lemah, letih agaknya. Matanya layu. Tp adik tetap mahu membantu. Terma kasih ya ALLAH keran mengurniakan adik lelaki yg baik ini.kemudian sy mula mngejutkan mama dan abah keletihan. Waktu ini, air mata mengalir melihat wajah2 mama dan abah yg keletihan. Sebak rasa didada. Abah bangun, mama agak letih. Sy ambil air dan mnyuapkan air serta ubat mama ke dalam mulut mama.terasa panasnya lidah mama waktu meletakkan ubat. YA ALLAH, KASIHANILAH KEDUA IBUBAPAKU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MENGASIHANIKU SEJAK AKU KECIL LG.
Jika mama keja pg, sy akan mnggosok uniform2 mama dan abah jg. Semoga mama dan abah selamat pergi dan pulang dr tmpt kerja.itu doaku.setiap hari dlm bulan ramadhan begitulah amalan2 yg dilakukan, tnpa ada rs mengeluh, mrungut, malas dan sebagainya, malah setiap mlm sentiasa mnunggu kehadiran lailatul qadar. Bulan Ramadhan byk mengajar erti kesabaran,ketabahan, kesungguhan , keihlasan dan lain-lain. Doa jg dimudahkan ALLAH, berdoalah.
Oleh itu sy sentiasa pegang, setiap hari adalah hari2 dlm bulan ramadhan bagiku Read More…
doa
YA ALLAH APA SAJA YANG ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADAKU DARIPADA APA YANG SAYA CINTAI MAKA JADIKANLAH IA KEKUATAN UNTUKKU DALAM MENCINTAI APA YANG ENGKAU CINTAI. DAN APA SAJA YANG ENGKAU SINGKIRKAN DARIPADA APA YANG SAYA CINTAI MAKA JADIKANLAH IA KEREDHAAN UNTUKKU DALAM MENCINTAI APA YANG ENGKAU CINTAI
YA ALLAH JADIKANLAH CINTAMU SESUATU YANG PALING KUCINTAI DARIPADA CINTAKU KEPADA KELUARGAKU, HARTAKU DAN AIR SEJUK PADA SAAT KEHAUSAN.
YA ALLAH JADIKAN SAYA MENCINTAIMU, MENCINTAI MALAIKATMU, RASULMU DAN HAMBAMU YANG SALIH. YA ALLAH HIDUPKANLAH HATIKU DENGAN CINTAMU DAN JADIKANLH SAYA BAGIMU SEPERTI YANG ENGKAU CINTAI.
YA ALLAH, JADIKANLAH SAYA MENCINTAIMU DENGAN SEGENAP CINTAKU DAN SELURUH USAHAKU DEMI KEREDHAANMU
(HADITH RIWAYAT AT TIRMIZI DALAM JAMI` AL-SAHIH
RASULULLAH SAW BERSABDA. INILAH ANTARA DOA YANG BIASA DIPANJATKAN OLEH NABI DAUD) Read More…
UMAT ISLAM UMPAMA BUIH
Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:
"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat."
Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencapai lebih 1 bilion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan.
Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia. Persoalannya ialah kenapa faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam? Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuh dan memporak-perandakan negara Islam.
Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh musuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumber minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat. Kekayaan yang mereka perolehi dari hasil bumi negara Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk membunuh umat Islam.
Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budaya hidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa yang sama mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu digantikan dengan perasaan penakut: takut kepada musuh Islam.
Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang Mongol sepatutnya dijadikan teladan supaya peristiwa hitam ini tidak akan berulang kembali. Adakah faktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalam masyarakat dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakin menjadi. Ia telah menyerap dalam pelbagai organisasi kepimpinan. Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli pucuk pimpinan supaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islam sendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan saja ekonomi umat Islam merudum malahan negara juga turut tergadai.
Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang? Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagai penyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi keruntuhan akhlak sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu pemulihan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah 'lain sakit lain pula ubat yang diberi'.
Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidak sepatutnya ditonton sudah menjadi semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa saja. Bukankan ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat? Umat Islam kini tidak mempunyai katahanan dan iman yang kuat untuk menangkis serangan yang hebat ini. Semua ini adalah antara strategi dan perancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadap perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan berlaku beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih.
Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan nasrani sekali-kali tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka."
Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang banyak. Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid. Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid menjadi lengang, cuma diimarahkan dengan carpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh Islam? Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid dan berkejaran ke kilang.
Dalam hadith tadi, Nabi memberikan 2 faktor berlakunya begini: cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis. Read More…
doaku
JANGANLAH BIARKAN KAMI SEKEJAP MATAPUN Read More…
WANITA SOLEHAH
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda"..
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”. Read More…
BERSYUKURLAH
37. Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), [Al Qiyamah]
38. kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, [Al Qiyamah]
67. Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [Al Mu’ min] Read More…
RAHSIA PENCIPTAAN WANITA(USTAZAH WAHIBAH)
Di mana manusia?Di mana bumiDi mana cakrawala?Di mana tata suriaDi mana Bima SaktiDi mana Galaksi?
Darimana manusia?Darimana ibubapa?Darimana ibu?Darimana bapa?Darimana janin?Darimana air mani? Read More…
SAMA-SAMA hayati: kisah UMMU MUHAMMAD
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt Puan Rasha (Ummu Muhammad) isteri
kepada As Syahid Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi telah dapat hadir di dalam
satu program di Stadium Malawati, Shah Alam tengahari semalam, Ahad
22.3.09.
Beliau sangat bersyukur kerana buat pertama kalinya dapat sampai ke
Malaysia. Setelah mendengar penyampaian oleh Puan Hashimah Salleh,
Tokoh Maulidur Rasul Negeri Selangor, 2008, beliau memberitahu hadirin
bahwa beliau seolah-olahnya mendengar penyampaian itu bukan dari orang
Malaysia bahkan terasa macam disampaikan oleh orang Palestin sendiri
kerana isinya benar-benar menyentuh hati dan itulah sebenarnya yang
diperjuangkan oleh orang-orang Palestin termasuk
suaminya As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.
Beliau kemudiannya memberi penyampaian dan amanat kepada semua hadirin
dengan suara yang begitu bersemangat tanpa ada kelihatan tanda-tanda
kesedihan di atas pemergian suaminya lima tahun yang lepas. Ini sungguh
membuktikan keteguhan iman beliau dan kesabaran yang cukup tinggi yang
hanya mengharapkan redha Allah swt.
Sempena kedatangan beliau ke sini, marilah kita cuba meneliti liku-liku
kehidupan beliau bersama suami tercinta melalui wawancara yang diadakan
setelah kesyahidan suami beliau, As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.
Kita semua sudah tahu akan syahidnya Dr Abdul Aziz Ar Rantisi pada 17
April 2004. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong yang
tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasha (Ummu
Muhammad). Mari kita sama-sama selami akan ketabahan hidup beliau
sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka
(yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk
Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya
jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu
yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah
engkau akan perolehi dari Allah
(sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Al-Baqarah : 120)
Kata-kata beliau (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar
biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tidak ternilai
serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat
tawadhu' yang terhimpun dalam percakapannya, perbualannya dan juga
tindak-balasnya. Kami katakan kepadanya :
Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).
Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi
sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampai matlamatnya, ianya
tidak lain dan tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan
mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan dan rasa izzah.
Maka dengan kalimat inilah bermulanya wawancara dengan Puan Rasha (Ummu
Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz
ar-Rantisi.
1. Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?
Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu
saya bukanlah pendokong utama kepada gerakan Islam tetapi saya
menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat yang sebaya dengan
saya yang menjadi pendokong utama kepada gerakan Islam.
Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti
tetapi kedua ibu bapa saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke
Mesir bagi meneruskan pengajian saya.
Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati
padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis,
lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doktor. Beliau tidak pernah
menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan
beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat
istimewa di kalangan masyarakat.
2. Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh as-Syahid?
Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah
pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada
permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah
keimanan bahawa Allah s.w.t yang telah mentakdirkannya sebegitu.
Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau
bersama atau tidak.
Ketika percubaan membunuh beliau pada 10.6.2003, ketika itu saya sedang
bekerja, saya menjadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya
memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke
Hospital Shifa' yang dipenuhi dengan ramai orang dan saya telah
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad
(as-Syahid)sepanjan g kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah
semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.. Hanya dengan itu akan
tercapai kebahagiaan yang hakiki.
Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani merah. Ia
penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang
diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan
hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah
semenjak Saidina Adam a.s. sehinggalah ke hari ini.
3. Bagaimanakah cara Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?
Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh
pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah, jika ada
sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya
atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka
cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar akan keadaan mereka.
Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap
orang yang bersamanya sepertimana telah saya jelaskan tadi bahawa
beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung
melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat
menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang.
Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan
tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun
dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga
seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta
sentiasa menekankan sifat tawadu' dan kepercayaan kepada diri sendiri.
4. Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Ahmad Yasin?
Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga
sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis
memperingati as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis
ketika mana disebut nama sahabat beliau itu. Beliau merasakan amat
berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan
perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para sahabatnya.
5.. Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?
Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak
menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang
insan seperti Syeikh Ahmad Yasin, jika beliau tidak dibunuh beliau akan
tetap mati.
Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan
sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah
satu. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya dan ia amat mempengaruhi
diri saya katanya, Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah
pemergianmu? .
6. Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?
Sepanjang kehidupan beliau iaitu berjuang dan berjihad lebih dari 30
tahun, beliau adalah seorang mujahid, penyuluh ke jalan Allah samada
dari segi muamalaat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan
perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami...
kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.
7. Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?
Perasaan yang sama sepertimana isteri orang lain kehilangan suami..
Walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman
dan pendirian saya terhadap Allah s.w..t, maka ini adalah suatu
kelebihan pemberian Allah s.w.t.
Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya
terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa
letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya
bertambah yakin apabila mendengar radio, Suara Aqsa, pada waktu itu
berkumandang azan Isya' dan kemudiannya mengumumkan tembakan yang
berlaku ke atas kereta beliau di mana beliau sendiri serta pengiringnya
telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah
Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu' dan mendirikan solat Isya'.
Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya
dan anak-anak dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..
8. Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?
Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu dan persediaan beliau adalah setiap
saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w
sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya
dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa
dengan sebaik-baiknya. Beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan
memberikan setiap yang berhak akan haknya?
9. Setiap para syuhada' akan ada tanda-tanda kemuliaannya. Maka apakah karamah Dr. Rantisi?
Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas
beliau syahid, haruman kasturi menyelimuti seluruh jasad beliau. Di
samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan
keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid.
Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya bagi saya itu
adalah karamah as-Syahid.
10. Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?
As-Syahid merupakan seorang berperibadi Islam yang unggul sesuai dengan
sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." (QS Az-Zariyat : 56).
Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan
masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya di mana kesemua ini pada
as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama
isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan
bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di
pejabatnya beliau bersifat tawadu' dengan sesiapa yang
bermuamalah dengannya.
11. Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?
Keseluruhan kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat
dilupakan selamanya tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin
kongsi bersama.
Ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang
saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi. Saya rasa
amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr.
Rantisi dari tahanan memang sukar untuk kami membeli barang-barang
rumah yang baru. Tanpa saya sedari, beliau datang kepada saya dan
bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya
lantas beliau berkata, tiap-tiap sesuatu ada
ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku, kata beliau dalam keadaan tersenyum.
12. Bagaimanakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga,
apakah kalimah terakhir as-Syahid dan bagaimana keadaan diri beliau
pada hari syahidnya beliau?
Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika
bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan
haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga
dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama
ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya
beliau kelihatan sangat gembira. Kalimah terakhir ketika beliau bersama
kami ialah.."Tuhanku, masukkan aku ke syurga mu.Inilah
kemuncak impianku.."
13. Apakah cita-cita Dr. Rantisi?
Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid dan tidak ada yang lebih dari itu.
14. Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiringi kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?
Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah
kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan
terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyhad (mempersiap diri
untuk syahid) dan Jihad.
15. Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang
menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?
Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan
sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita
adalah bersama para lelaki dan Rasulullah s.a.w yang mulia telah
bersabda :
"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan
dipertanggungjawabk an ke atas orang bawahannya.. dan wanita itu adalah
dipertanggungjawabk an di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan akan
apa yang di bawahnya".
Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang
dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah
syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam
kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta
menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah payung
rahmatNya..
16. Kalimah taujihaat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?
"Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada
waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing
diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah
dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya." (QS al-Baqarah
: 281)
Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: Pulanglah kepada
panduan asal kamu. Kembalilah semula kepada rasa izzah dan kemuliaan
kamu. Kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah
dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.
Ya Allah, terimalah amal-amal mereka yang telah Syahid di jalanMu.
Sesungguhnya kami juga akan menyusul mereka... Kurniakanlah kematian yang
paling baik kepada kami iaitu Syahid di jalanMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
____________ _________ _________ __
Ibrahim B Mohd Hasan
PEMBINA UIA
Kuliyyah Economics & Management Sciences
International Islamic University Malaysia
+6013 3564832 Read More…
Saya mahu bekerja
bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah, all praise due to ALLAH SWT THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL....
9/10 dr harta dunia datangnya daripada perniagaan....
tidak dpt dinafikan, berniaga merupakan salah satu cara utk kita jana ekonomi, utk dapatkan duit, utk bergera keja..
kdg2 ada antara kita takut utk berniaga
mnjadi was2 samada nk ambil keuntungan @ tidak
sdgkan ISLAM ITU MUDAH, JANGAN SUSAHKAN....
MUDAHKAN JGN SUSAHKAN...
Sblm berniaga perlu th adab2 dn cara2 berniaga menurut ISLAM
betulkan niat..
bt senarai siap2, keuntungan yg diperoleh digunakan utk2 apa
MERANCANG itu penting....
ISLAM dh tetapkan peratus2 keuntungan yg blh diambil dlm satu2 perniagaan, yg penting BETULKAN NIAT, JANGAN TAMAK, SABAR DAN ISTIKOMAH SERTA BANYAKKANLH BERSYUKUR
"SESUNGGUHNYA JIKA KITA TIDAK BERSYUKUR YG SEDIKIT NESCAYA KITA TIDAK AKAN BERSYUKUR YG BANYAK"
Alhamdulillah ALLAH anugerahkan sy keinginan utk mnjana duit sendiri ,
gunakan setiap PELUANG dan RUANG yg ada dgn semaksimum mungkin
INSYAALLAH, DIMUDAHKAN
Sehubungan dgn itu, sy mahu bekerja
sy mahu jana duit sy sendiri
duit hasil titik peluh sy sendri
dan sekarang sy sdg mncari kerja =) Read More…
HADIS NABI SAW...penuh isi tersirat.insyaallah
"Kamu berada di satu sudut dari sudut ISLAM,
maka pastikan ISLAM tidak dirosakkan dari satu sudut di mana kamu berada"
(Hadith Rasulullah s.a.w) Read More…
NABI MUHAMMAD SAW, INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN....
Buku diatas adalah antara buku2 kegemaran saya, krn semasa membaca buku ini, seakan terasa ada kesan sampingan; baik dari rohani ataupun emosi. Derap perjuangan ketika Nabi saw memimpin para sahabatseakan terhidu keringan debu yang terhambur.
Buku yang memuatkan sikap Rasulullah SAW yang membayangkan sikap Islam dalam pelbagai situasi sama ada genting ataupun tenang. Menghayatinya seakan-akan samalah seperti kita dijemput untuk bersedia di tengah-tengah medah jihad dalam Perang Ahzab, Khaibar, Hunain ataupun mungkin juga berada di tengah-tengah meja bundar
di mana Perjanjian Hudaibiyah dimeterikan. Gaya ianya ditulis cukup istimewa kerana sesuai dengan tajuknya yang menyentuh persoalan sirah.
Buku ini cukup detail. Teknik penceritaannya cukup tersendiri. Ia bias menyirap darah pejuang, menghiris hati simpati dan boleh menimbulkan kecintaan kepada Rasulullah SAW yang membuak-buak. Terasa benar betapa kurangnya kita berkorban untuk fisabilillah.
Semoga buku yang ditulis daripada dakwat kesedaran ini mampu mengetuk hati kita untuk memberikan sesuatu yang benar-benar memberi bekas kepada kebangkitan semula Islam. Moga usaha memunggah dari khazanah milik Tok Guru ini bermanfaat untuk umat Islam. Read More…
EKSPLORACE FOR ISLAM
8.00 PG -BERTOLAK KE PROTON CITY
8.30 PG - SENAMAN AEROBIK
9.00- 12.00 TGH - EKSPLORACE BERMULA
12.00TGH- MAKAN TENGAHARI
1.30 - SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
PEMBAHAGIAN HADIAH
- MELANGKAH DAN TERUS MELANGKAH DEMI ISLAM - =) Read More…
KULIAH MAGHRIB MLM NI!
DIJEMPUT SEMUA HADIR...... Read More…
Tazkirah...Zohor
TAZKIRAH….
AN NAHL AYAT 7-14
7)Dan ia mengangkut beban-bebanmu ke suatu negerri yang kamu tidak sanggup mncapainya, kecuali dgn susah payah. Sungguh, TUHANMU MAHA PENGASIH , MAHA PENYAYANG
8) Dan ( Dia telah menciptakan ) kuda, bagal(peranakan kuda dgn keledai) dan keledai, utk kamu tunggani dan (menjadi) perhiasan. ALLAH menciptakan apa yg tidak kamu ketahui.
9) dan hak ALLAH menerangkan jalan yg lurus, dan diantaranya ada (jalan) yg menyimpang. Dan jika DIA mnghendaki, tentu Dia memberi petunjuk kamu semua(ke jalan yg benar).
10)Dialah yang telah menurunkan air(hujan) dr langit utk kamu, sebagiannya mnjadi minuman dan sebagiannya(menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mnggembalakan ternakmu.
11) dgn air hujan itu, DIA menumbuhkanutk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala mcm buah-buahan. Sungguh, pd yg demikian itu benar2 terdapat tanda (kebesaran ALLAH) bagi org yg berfikir.
BENARLAH KATA-KATA ALLAH YANG MAHA MULIA... Read More…
selesai maulud nabi saw
terima kasih byk kpd penceramah, tidak sempat sy mendengar ceramah ustaz krn terpaksa memandu kereta utk mngambil makanan kpd vip2 dan peserta2..=( sedih rasanya..
tp dikuatkan juga dgn mengambil sirah shbt sebagai kekuatan diri..teringat kisah asma yg mnghantar mkann kpd nabisaw dan shbt ketika bersembunyi suatu ketika dulu....
ya ALLAH kuatkanlh aku disini YA ALLAH...ADA HIKMAHNYA AKU DITEMPATKAN DISINI...
insyaallah, kolej zaba ini akan ku jaga dan sayangi sepenuhnya..akan ku jaga shbt2 dan teman2 ku disini...
"berbuat baiklah kamu kpd manusia sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu"
terima kasih ya allah, terima kasih shbt2...
- SETIAP HEMBUSAN NAFAS UTK ISLAM! - Read More…