Memperingati 100 tahun Hassan Al-Banna

Hassan Al-Banna telah mencetuskan banyak fenomena kepada perkembangan Islam di zaman Islam mul dirungkai satu persatu oleh musuh.Diantar sumbangan beliau yg sewajarnya dunia Islam mengalung pengiktirafan ialah:
DINAMIKA TARBIAH DAN DAKWAH

Dalam tarbiyahnya, Ikhwan sgt menekankan nilai-nilai mengikhlaskan diri dan benar-benar
memperingatkan agar pendokongnya menghindari sifat suka menonjolkan diri yg justeru acapkali menghancurkan perjuangan. Hassan Al-Banna sendiri seorang tokoh yg berjaya mengaplikasi makna ikhlas sebagaimana yg pernah dirakamkan oleh Ustaz Omar Tilmisani:

" Pada suatu masa kami berhimpun dalam satu program di luar kota. Setelah selesai kerja pada jam 12 tengah malam, kami semua merasa sangat keletihan kerana program seharian yang kami jalani dengan bersungguh-sungguh.Kebetulan saya dan Hassan Al-Banna menghuni bilik yang sama.Saya merasa sangat penat sekali dan ingin terus tidur supaya tidak terlewat bangun solat subuh.Kami berbaring di tempat tidur masing-masing ..Tidak berapa lama beliau memanggilku," Omar, awak sudah tidur?, lantas aku menjawab,"Labbaika, belum Mursyid."
Hassan Al-Banna mendiamkan diri,tetapi tidak lama kemudian beliau berbicara semula"Omar,awak sudah tidur?",lantas aku menjawab"belum lagi mursyid,"Hati kecilku bertanya mengapa beliau bersikap begitu.Setelah lama Mursyid terdiam, beliau akhirnya mengulangi pertanyaan dan oleh kerana aku merasa sangat penat, aku membiarkan soalan tersebut tanpa jawapan.Imam Hassan Al-Banna yang menyangka aku telah tidur lantas bangun perlahan-lahan menuju ke arah bilik mandi.Dibilik mandi Hassan Al-Banna sangat berhati-hati berwudhuk supaya bunyi percikan air tidak menganggu lena tidurku.Kemudian aku melihat beliau mengambil tempat di suatu sudut bilik, beliau menghadap kiblat dan beliau pun bersembahyang malam beberapa rakaat.Subhanallah, begitulah ajaran beliau yang sangat melekat dihatiku" Read More…