Kelemahan dalam berdakwah

SESUNGGUHNYA dakwah Islamiyyah tidak akan terhenti selagi mana wujudnya aktivis dakwah (du’at) yang bercita-cita melunaskan tuntutan (1)syahadatain (maksud: mengajak manusia kepada 2 kalimah syahadah); (2)amar ma’ruf nahi mungkar (maksud: menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran); dan (3)mujtama’ as-salim (maksud: masyarakat yang sejahtera) hatta (4)khulafah Islamiyyah jadidah (maksud: neo-Khalifah Islamiyyah).

Dalam konteks kepartian dakwah, sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan antara wasilah (vehicle) terbaik untuk melunaskan tuntutan-tuntutan tersebut.

Dalam konteks kemahasiswaan Islam, Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) merupakan antara wasilah (vehicle) terbaik (dalam peringkat nasional dan kampus) untuk melunaskan tuntutan-tuntutan di atas.

Masing-masing mempunyai matlamat khusus dan pendekatan dakwah Islamiyyah sudah tentu patut mengambil kira kondisi dan lapangan masing-masing.

Walaupun demikian, idea perubahan berdasarkan cita-cita Islam selalu tergendala disebabkan cabaran semasa dan sikap kita sendiri dalam melunaskan tuntutan ini.

Walaupun dakwah Islamiyyah ini dilaksanakan secara amal jama’e (maksud: bekerja secara istiqamah-munazzhomah), namun kesilapan fardiyyah (maksud: individu da’e) itu acap kali menggagalkan amal jama’e tersebut.

Asal amal jama’e adalah ada pada tuntutan fardiyyah. Maka, penyakit-penyakit fardiyyah inilah seharusnya dicermati, diubati dan ditangani segera (jika ada).

Penyakit fardiyyah ini terdiri oleh dua (2) punca utama. Pertama, disebabkan mentaliti sehingga melahirkan pelbagai barah-barah dalam dakwah Islamiyyah dan amal jama’e.

Kedua, disebabkan perlakuan sehingga melahirkan pelbagai penyakit berantai dalam dakwah Islamiyyah dan amal jama’e.

Kelemahan mentaliti dalam dakwah!

KESAN penyakit mentaliti (maknawiyyah) akibat sikap individu da’e (infiradhi) dalam dakwah dapat dilihat dalam gejala-gejala di bawah:-

1)Emosional dalam menangani kejahilan/kefasikan ummah sehingga membawa pada budaya ekstream dalam berdakwah – dari segi fikrah/hati, pengucapan dan tindakan.

2)Berasa diri (merujuk: daie/du’at) kudus akhirnya bukan sahaja membentuk kelompok eksklusif (puak) dalam kalangan du’at (pendakwah-pendakwah); malah akan lahir diktatorisme dalam dakwah.

3)Para du’at yang berasa diri mereka hebat dan terbaik ketika mereka melihat gelagat jahil/fasik ummat ini akan membentu sikap ego/bongkak sehingga mereka tidak boleh berlapang dada dengan jawapan jahil/fasik oleh mad’u (maksud:sasaran dakwah) mereka.

4)Kebolehan ilmu, ketinggian sifat serta kekuatan iltizam oleh para du’at jika tidak dipelihara akan mendorong mereka meremeh-remehkan pihak lain (sama ada kelompok du’at lain atau masyarakat sendiri); hatta boleh membawa pada perpecahan ummah. Sesungguhnya dakwah menyatukan ummah dan kesombongan (meremeh-remehkan) adalah pemecahnya!

Kelemahan perlakuan / tindakan dalam dakwah!

Kelemahan amal jama’e dan dakwah Islamiyyah disebabkan oleh sikap serta tindakan infirodhi (individu) para du’at boleh dilihat dalam gejala-gejala berikut:

1)Dakwah spontan selalu dilakukan tanpa perancangan. Dan apabila timbul implikasi berantai yang tidak baik, acap kali dialas dengan kemaafan yang asyik. Akhirnya, aktiviti dakwah tidak dilunaskan secara bertanggungjawab. Dakwah dirumuskan negatif padahal kitalah puncanya!

2)Sikap infirodhi kita selalu menumpu pada satu-satu bahagian dakwah semata-mata sehinggakan wujud kecenderungan hatta pertembungan dalam amal Islami dan amal Jama’e.

Jika kita dalam parti Islam kita selesa berperwatakan politikus padahal parti hanya wasilah dakwah Islamiyyah.

Kalau kita dalam posisi GMI, kita selalu bersikap eksklusif sehingga takut untuk terjun lapangan dakwah (khususnya dalam pentas kampus-nasional) secara berdepan kerana takut dianggap agen-agen politikus parti Islam atau pihak-pihak tertentu.

3)Sikap infirodhi kita yang taqlid (ikut membabi buta) satu-satu prilaku dan tatacara dakwah pihak lain bukan sahaja boleh menyebabkan kecelaruan amal jama’e, malah dakwah kita juga tidak berdiri atas dalil ‘alami, fitrah, naqli dan ‘aqli kita sendiri tersendiri.

Kesan berantai adalah konservatisme atau tradisionalisme dalam amal jama’e jika tidak mengambil kira kondisi keperluan ummah yang moden dan kontemporari seringkali dirumuskan sebagai jumud dan tidak berwawasan.

Sesungguhnya, dakwah Rasulullah dahulu berwawasan dan lebih tinggi dari nilai-nilai jahiliah dalam masyarakat pada waktu ini. Mengapa kita tidak bersifat kontemporari sesuai dengan keperluan zaman kita?

4)Memang sehebat mana manusia, tentu ada kelemahannya. Atas maksud itu, amal jama’e dilakukan dalam tugasan dakwah Islamiyyah. Jika saling menampung dan menumpang dalam kalangan infirodhi (individu da’e) ini tidak dilaksanakan secara munazzhomah dan istiqamah, tentu tiada hasilnya kerana kelemahan senantiasa berlaku; tetapi usaha menyempurnakannya tidak berlaku secara semulajadi dan terancang.

Bagaimana melaksanakan perubatan du’at, sebelum ummat?

Asal sembuhan penyakit du’at mesti diubati secara amal infirodhi dan amal jama’e. Namun, rata-rata kita ghairah mengubati penyakit jahiliyyah ummat; tanpa terlebih dahulu atau sama-sama menyembuhkan pengakit barah dalam badan kita (jika ada).

Perubatan jiwa yang boleh dilakukan dalam kalangan du’at yang sakit sebagaimana di bawah:-

UBAT PERTAMA – kesedaran dalam diri bahawa sikap-sikap (merujuk: penyakit mentaliti dan perlakuan) tersebut sesuatu yang bahaya pada diri, amal jama’e dan dakwah Islamiyyah; sehingga kita mulai bermuhasabah diri, berusrah, kuatkan ibadah (khususnya ibadah nafilah) dan berdoa agar mendapat petunjuk Ilahi.

UBAT KEDUA – meluruskan orientasi dakwah sama ada secara infirodhi atau amal jama’e benar-benar untuk menyeru manusia kembali menghayati Islam; bukan untuk kepentingan diri (individu), keluarga, puak/golongan, pertubuhan, parti dll sehingga Islam itu lebih lihat/dihayati penting dari perkara-perkara tersebut.

UBAT KETIGA – hiasi diri kita dengan tawaddu’ (maksud: rendah diri) semasa manusia agar semakin ruku’ dan sujud kepada Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t sahaja yang layak memiliki sifat at-Takabbur dan disebabkan sifat itu Syaitan dilaknat Allah s.w.t.

UBAT KEEMPAT – Bersifat objektiflah dalam menilai prilaku diri, orang lain serta ummat. Mad’u yang jahil patut mandapat simpati.Mad’u yang fasik (maksud: zalim/jahat) patut mendapat inzar (maksud: amaran daripada Allah dan Rasulullah s.a.w) dan mad’u yang ma’asi patut mendapat pencegahan daripada kita secara hikmah.

Dengan prilaku sedemikian, kita akan berlaku adil dalam fikrah/hati, ucapan atau tindakan ketika berdepan dengan kelimpok-kelompok tersebut.

UBAT KELIMA – Rancang dakwah Islamiyyah kita kerana Rasulullah s.a.w juga sangat teliti dalam perancangan dakwah Islamiyyah. Inilah pentingnya manhaj dalam berdakwah.

UBAT KEENAM – Islam telah memberi panduan secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Sepatutnya, tuntutan dakwah juga tidak harus dijuzukkan pada persoalan solat atau politik atau pendidikan dll semata-mata. Wajah syumulan Islam itulah seharusnya menjadi wajah aktivitisme dakwah.

KETUJUH – Setiap zaman ada nilai-nilai kontemporarinya. Maka, para du;at patut mengambil kira nilai-nilai kontemporari ini sebelum melaksanakan tuntutan dakwah Islamiyyah tersebut; agar kita tidak rumuskan konservatif dan memang kita sudah terjebak dalam konservatif ketika melunaskan tuntutan-tuntutan tersebut sehingga dakwah Islamiyyah gagal diterima oleh ummah.

KELAPAN – dakwah bersifat merobah masa sebab Islam sendiri bersifat inqilabiyyah (maksud: dibangunkan atas runtuhan jahiliyyah moden). Perubahan mesti ditiupkan dalam fikrah, mesti dibentuk dalam sifat du’at dan ummah serta mesti diuji dan diasak agar menjadi iltizam dalam diri (infirodhi) dan amal jama’e kita.

Marilah kita bermuhasabah dan lakukan perubahan segera dalam diri kita kerana perubahan ini menjadi pemangkin pada perubahan ummah. Kenal pasti penyakit dan segera ubati penyakit-penyakit tersebut.

Sesungguhnya, kita mampu merealisasikan cita-cita Islam sebab perjuangan kita berdiri atas asas Islam dan kita (GMI) ditarbiyyah juga berdasarkan manhaj Islami.

Semoga Allah senantiasa merahmati amal jama’e kita dan ummah semakin selesa apabila kita mendekati (dakwah Islamiyyah) kepada mereka. Pendidikan Asas Perubahan –END

(USTAZ ZAINULFAQAR YAACOB)

Read More…

1 comments:

Teacher wangi said...

salam ...ustaz saya copy artikal ini yer....bermanfaat