EPILOG SEORANG PEJUANG

Nasyid nie ditujukan khas bt shbiah2 dan shbt2 yg sentiasa dlm perjuangan..moga diri mu sentiasa tabah dlm mengharungi dugaan hidup ini....

Epilog Seorang Pejuang
Album :
Munsyid : Wadi el Jadid
http://liriknasyid.com

Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..

Dan kini kuakur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..

Pengirim : sarah Read More…

SITI KHADIJAH R.A IBU MITHALI MUSLIM

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah s.a.w.SIFAT isteri salihah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan berketurunan mulia.

Selain itu, beliau adalah seorang ‘al-wadud al-walud’ iaitu wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera. Sifat isteri salihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Saidatina Khadijah antaranya:

 Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.

Baginda Nabi SAW yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan katanya:

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.


Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. Perasaan takut yang terbaca di raut wajah Rasulullah SAW hilang berganti cerah dan terang.

Selepas peristiwa di Gua Hira’ yang menandakan Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul Allah, maka dengan tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah untuk menerima Islam.

Ummul Mukminin ini penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah. Beliau pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin (Ibu bagi mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim.

 Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam.

 Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sejuta jasa ditaburnya untuk memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya dalam melaksanakan tugas kerasulannya.Pahit getir dalam menempuh hidup sebagai pejuang Allah dirasakannya. Pelbagai ugutan dan cabaran diharungi bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda:
“Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya:

“Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik”.


Selepas itu, baginda memperisterikan Saudah Binti Zum’ah dan Saidatina Aisyah. Ingatan Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa cemburu terhadap Khadijah. Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari, Halah Binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan seperti adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW. Baginda berasa gembira melihat perlakuan Halah dan mengungkapkan: “Ya Allah, Halah Binti Khuwailid”.

Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: “Kenapa engkau masih mengingati wanita Quraisy yang sudah tua, bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik daripadanya?” Lantas Baginda menjawab:

“Tidak! Beliau beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Beliau membantuku dengan
hartanya, ketika orang lain tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya, tidak daripada isteri yang lain.”


 Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi. Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW.

Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.”

Ibn Abbas menceritakan keutamaan Saidatina Khadijah pada kaca mata Rasulullah SAW amat tinggi. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”

INTI PATI Saiditina Khadijah

 Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua Hira’ selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah.

 Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.

 Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.

 Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Oleh :: Mohd Zamri Shafie Read More…

IBU....

YA ALLAH, KAU AMPUNILAH DOSA KEDUA IBUBAPAKU
KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA TLH MENGASIHANIKU SEMENJAK AKU KECIL LG....

IBU.....bergenang air mataku...
terpandang wajahmu yg halus sayu...
kudusnya ..kasih yg engkau hamparkan..bagaikan laut yg tak bertepian.... Read More…

Exam pg nie...

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah hari ni sy ada 2 paper utk diduduki...
Doakan sy dan shbt2 yg lain dlm menempuh ujian ini
" YA ALLAH , PERSIAPKANLAH KAMI DLM MENGHADAPI UJIANMU DGN PETUNJUK DRMU"
" YA ALLAH , SEKIRANYA KEJAYAAN INI BAIK UTK AGAMA KAMI DAN PERJUANGAN KAMI, MUDAHKANLAH URUSAN KAMI, YA ALLAH".....
paper statistik= 9.00 pg
paper tmp= 2.30 ptg.... Read More…

NASI GORENG....





Bismillahirahmanirahim...
alkisahnya begini..selepas asar td dn sblm masuk maghrib....
adk junior kesayangan ku heheh, htr sms,
"kak, kak mkn x lg?" jwbku" kak beli roti time g koop td"...
siha pun bls, " sha msk nasi goreng, mlm nnti sha bg pd kak"...
hehhe..sy pun apa lg, tersenyum kegembiraan krn rezeki yg dtg dgn tiba2...
Alhamdulillah ya rabb....alhamdulillah krn tlh menganugerahkan aku shbt yg xputus2 mengambil berat akn diri ini, yg sentiasa bertanya khbr, yg sentiasa mmberikan nasihat....sy ingatkn stlh kehilangan seorang shbt baik, iaitu shbt serumah dulu, ingatkn akn tiada lh shbt sepertinya...Alhamdulillah ya rabb...
cuba renungkan... Read More…

ALHAMDULILLAH

BERSUJUD KPD ALLAH
BERSYUKUR SEPANJANG WAKTU
SETIAP NAFASKU SELURUH HIDUPKU
SEMOGA DIBERKATI ALLAH
BERSABAR KPD ALLAH
MENJAGA KEIKHLASANNYA
SEMOGA DIRIMU SEMOGA LANGKAH MU
DIIRING OLEH RAHMATNYA
SETIAP NAFASMU SELURUH HIDUPMU
SEMOGA DIBERKATI ALLAH.......
ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH
BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH
KAU JADIKAN KAMI SAUDARA
INDAHNYA LANGKAH BERSAMAAN....
BERSUJUD KPD ALLAH
BERSYUKUR SEPANJANG WAKTU
SETIAP LANGKAHMU SELURUH HIDUPMU
SEMOGA DIRAHMATI ALLAH
BERSUJUD KPD ALLAH
BERSYUKUR SEPANJANG WAKTU
SETIAP NAFASKU SELURUH HIDUPKU
SEMOGA DIBERKATI ALLAH

ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH
BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH
KAU JADIKAN KAMI SAUDARA
INDAHNYA LANGKAH BERSAMAAN....
ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH
BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH
KAU JADIKAN KAMI SAUDARA
HILANGLAH SEMUA PERBEDAAN...
BERSUJUD KEPADA ALLAH
BERSYUKUR SEPANJANG WAKTU..
.......
Read More…

ADAKAH KAU LUPA!


Adakah Kau Lupa
Album : Alami
Munsyid : Alarm Me
http://liriknasyid.com


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Lagu & Lirik : Jef Hazimin Jaafar & Alarm Me
Programmer : Sharani
Vokal : Nordin
Publishing : Gurindam Cipta
Album : Alami

Pengirim : Asyraff Hafdzan Read More…