DOA QUNUT NAZILAH

Doa Qunut Nazilah

اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Read More…

4 flet....



slm
ni jadual utk final sy bg sem 5 ini..
sy doakan agar shbt2 sy mendapat keputusan yg cemerlang dlm final kali ini
ayuh kita struggle...study smart not hard..kita studi krn ALLAHSWT..KRN AGAMA ISLAM!AYUH...jgn putus asa..kuatkan semangat..kita nk pergi jauh lg lepas nie jika dipanjangkan umur....YA ALLAH SEKIRANYA KEJAYAAN INI ADALAH YG TERBAIK UTK AGAMA KAMI DAN PERJUANGAN KAMI, MUDAHKANLAH URUSAN KAMI YA ALLAH....

JADUAL FINAL....
KPN 2043 03/11/2008 9.00 AM
TMS3033 06/11/2008 9.00 AM
TMP2013 06/11/2008 2.30 PM
TMK2043 11/11/2008 9.00 AM
TKT2013 17/11/2008 9.00 AM
TKA2013 17/11/2008 2.30 PM

DOAKAN KEJAYAAN SHBT2 SY DN DIRI SY SENDIRI....
=) Read More…

Rakan Muslim Super.....





assalamualaikum..
alhamdulillah kira-kira jam 11 mlm tadi ada juga kakak yg memulakan pengisian utk mlm ni..
seperti biasa, setiap mlm jumaat, jam 10.30 mlm, program rakan surau kami akan bermula.tujuannya adalah utk menyampaikan pengisian kepada adik2 yg baru, lama dan kpd shbt2 agar diri kita tidak terpesong dr landasan..disamping itu, progrm ini juga bertujuan utk mengeratkan ikatan ukhwah di antara kami...antara kakak2 yg hadir..k.rus,k.adah..as usual..kakak2 inilh yg sentiasa hadir utk menyampaikan pengisian agar hati adik2 tidak gersang....k.adah mulakan dgn mengingatkn adk2 mengenai final exam yg bakal tiba...k.adah menggalakkan adik2 berusaha utk mndapatkan kejayaan yg cemerlang..@ senang kata, cuba gapai 4flet...insyaallah kak..i will try!!!.tp k.adah selalu mengingatkn agar apa yg kita buat adalah utk ALLAHSWT..AKU NK DAPAT 4FLET SBB AKU MUSLIM..SBB AKU ORG ISLAM..aku xmahu bangsa lain pandang rendah pada aku...tersentap....semangatku semakin mmbara utk itu...
yg sgt sy xtahan, sempat lg k.adah memperli mengenai baju rakan surau yg panjang..huhu..biasanya, baju berubah mengikut besar@ kecil, yg ni x...semakin besar size,semakin panjang baju..hehhehe...tapi.xapa...design tetap cantik..kan kak?hehhe..sampai ati kak.....bkn ana yg buat..sykt tu yg buat...mgkn majoriti penduduk di tempat itu tinggi orgnya..kita ni xberapa nk tinggi kak..hehhehe... Read More…

PRK UPSI.....

Seluruh mahasiswa yang mengikuti perkembangan PRK pada kali ini pasti tertanya-tanya siapakah calon yang layak untuk duduk di kerusi Yang Dipertua yang merupakan kerusi penting dalam organisasi kepimpinan mahasiswa.
Berdasarkan keputusan PRK yang diumumkan semalam, Akmal Madzir disebut-sebut sebagai antara calon yang layak memegang jawatan itu berikutan jumlah undi yang diraih beliau. Akmal memperoleh jumlah undi tertinggi dalam kerusi umum iaitu sebanyak 4124 undi. Untuk rekod, Akmal sebelum ini memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Sains selain pernah menjadi Exco Perpaduan dan Kerohanian dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Ungku Omar. Berdasarkan 2 jawatan tertinggi yang pernah dipegang beliau selain penglibatan dalam beberapa program lain sebelum ini, beliau mempunyai potensi besar untuk menyandang kerusi YDP MPP sesi ini.
Calon kerusi umum lain yang berkemungkinan merebut kerusi ini adalah Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak yang juga memenangi satu kerusi umum dengan jumlah undi sebanyak 3729 undi. Beliau juga dikatakan antara calon pilihan yang berpotensi merebut kerusi tersebut berdasarkan pengalaman beliau menyertai pelbagai program.
Seorang lagi calon yang dikatakan berpotensi untuk kerusi tersebut adalah Mohd Hairie bin Abdullah yang menang tanpa bertanding untuk kerusi Fakulti Bahasa. Beliau juga dikatakan mempunyai pengalaman dalam banyak program di peringkat universiti seperti Pertandingan Tilawah Al-Quran IPTA dan sebagainya. Beliau yang sudah lama bergiat aktif dalam Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) mempunyai banayk pengalaman dalam program universiti.
Upsikini juga dilaporkan ada ura-ura mengatakan kepimpinan MPP kali ini akan mengubah landskap organisasi yang akan dibentuk. Berkemungkinan juga Nur Aqilah Hanis akan dicadangkan memegang jawatan nombor satu itu setelah berjaya menang kerusi umum. Ini berikutan sokongan dan pengalaman beliau yang mampu menjadi kredit untuk beliau memegang jawatan itu. Beliau yang mempunyai pengalaman dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) turut berpotensi untuk merebut jawatan tersebut. Selain itu beliau turut memegang beberapa jawatan tertinggi di dalam beberpa persatuan di peringkat universiti. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat UPSI bagi kategori pelajar wanita selain menjadi pendebat UPSI dalam beberapa pertandingan debat. Ada cakap-cakap mengatakan orang nombor satu mahasiswa berkemungkinan diberi kepada golongan wanita setelah melihat kepimpinan universiti yang dipimpin oleh Naib Canselor wanita iaitu Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob.
Berdasarkan kepimpinan yang lalu, kabinet MPP akan dibentuk melalui 2 kaedah iaitu sama ada lantikan terus Naib Canselor atau mandat daripada ahli MPP Yng diberikan kepada calon tersebut.
Perkembangan yang pelbagai ini memberikan satu suasana yang cukup menarik dalam PRK kali ini.
Kabinet MPP dijangka dibentuk dalam beberapa hari lagi selepas tempoh selama seminggu diberikan kepada mereka berbuat demikian. Read More…