Memperingati 100 tahun Hassan Al-Banna
DINAMIKA TARBIAH DAN DAKWAH
Dalam tarbiyahnya, Ikhwan sgt menekankan nilai-nilai mengikhlaskan diri dan benar-benar
memperingatkan agar pendokongnya menghindari sifat suka menonjolkan diri yg justeru acapkali menghancurkan perjuangan. Hassan Al-Banna sendiri seorang tokoh yg berjaya mengaplikasi makna ikhlas sebagaimana yg pernah dirakamkan oleh Ustaz Omar Tilmisani:
" Pada suatu masa kami berhimpun dalam satu program di luar kota. Setelah selesai kerja pada jam 12 tengah malam, kami semua merasa sangat keletihan kerana program seharian yang kami jalani dengan bersungguh-sungguh.Kebetulan saya dan Hassan Al-Banna menghuni bilik yang sama.Saya merasa sangat penat sekali dan ingin terus tidur supaya tidak terlewat bangun solat subuh.Kami berbaring di tempat tidur masing-masing ..Tidak berapa lama beliau memanggilku," Omar, awak sudah tidur?, lantas aku menjawab,"Labbaika, belum Mursyid."
Hassan Al-Banna mendiamkan diri,tetapi tidak lama kemudian beliau berbicara semula"Omar,awak sudah tidur?",lantas aku menjawab"belum lagi mursyid,"Hati kecilku bertanya mengapa beliau bersikap begitu.Setelah lama Mursyid terdiam, beliau akhirnya mengulangi pertanyaan dan oleh kerana aku merasa sangat penat, aku membiarkan soalan tersebut tanpa jawapan.Imam Hassan Al-Banna yang menyangka aku telah tidur lantas bangun perlahan-lahan menuju ke arah bilik mandi.Dibilik mandi Hassan Al-Banna sangat berhati-hati berwudhuk supaya bunyi percikan air tidak menganggu lena tidurku.Kemudian aku melihat beliau mengambil tempat di suatu sudut bilik, beliau menghadap kiblat dan beliau pun bersembahyang malam beberapa rakaat.Subhanallah, begitulah ajaran beliau yang sangat melekat dihatiku" Read More…
my mother
Your Mother
Album :
Munsyid : Yusuf Islam
http://liriknasyid.com
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
(Pengirim Azlan Arif b. Mohd Hanapi)
Read More…TARBIYYAH......
Untuk melihat secara objektif Tasawur (gambaran) tarbiyyah kita, tidak-dapat tidak kita seharusnya kembali melihat matlamat tarbiyyah kita sendiri secara umumi dan khususi sebagaimana yang disarankan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran dan prilaku Rasulullah s.a.w (maksud: hadith).
Tujuan umumi tarbiyyah kita adalah merujuk pada tujuan manusia itu sendiri diutuskan. Pertama, untuk mengabdikan diri kepada Allah (51:56). Kedua, untuk menjadi KhalifahtuLlah di atas muka bumi (2:30).
Ke Mana Tarbiyyah Kita?
Tujuan umum Tarbiyyah Islamiyyah sekurang-kurangnya terdiri oleh empat (4) matlamat khusus sebagaimana di bawah:-
1. Membina Insan Salih (39:23, 8:2, 17:108, 49:15).
Lihat kesan Tarbiyyah Islamiyyah dalam diri Saidina Umar al-Khattab umpamanya, “…maka apabila aku mendengar ayat al-Quran, gementar hatiku,mengalir air mataku dan aku pun memeluk Islam…” [‘Abdul Rahman an-Nahlawi, Usul at-Tarbiyyah al-Islamiyyah, h.98]
2. Membebaskan jiwa manusia dari sebarang perhambaan kecuali kepada Allah s.w.t (16:36).
Pembebasan jiwa ini termasuk (i)pembebasan jiwa manusia dari perhambaan sesama manusia (18:102, 7:194); (ii)pembebasan jiwa manusia dari runtunan hawa nafsu (28:50, 45:23); (iii)pembebasan jiwa manusia dari ikatan hidup serta seruan jahiliyyah (39:64); dll.
3. Membina Aqal (maksud: fikrah) sesuai dengan fungsinya yang sebenar.
Pembinaan aqal (fikrah) ini termasuk (i)dalam menentukan seluruh tindakan manusiawi (17:36); (ii)merenung ayat-ayat manzurah (maksud: fenomena alam) bagi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah (30:20-25), (iii)menjadikan ayat-ayat maqru’ah (maksud: nas-nas yang boleh dibaca) sebagai asas dan hujah dalam pembinaan aqal (maksud: fikrah) (2:242, 12:2); (iv)aqal (maksud: fikrah) yang diisi dengan ilmu rabbaniyyah (maksud: keTuhanan) (58:11, 3:18); (v) aqal yang berfikir dalam batasan yang dikehendaki Allah s.w.t (17:85); dll.
4. Mendidik tatacara hidup
Seperti (i)mendidik manusia untuk tunduk, wala’ dan taat kepada Allah serta bertaqwa kepada-Nya (29:16); (ii)memerintahkan manusia untuk hidup secara amal Islami (98:5); (iii)Mengajak manusia (dakwah Islamiyyah) kepada wa’yul Islami (maksud: kesedaran Islam) (11:123, 3:104); dll.
Apakah ruang lingkup Tarbiyyah kita?
Perlu diingat bahawa tarbiyyah kita bukanlah hanya solat berjamaah, membaca al-ma’thurat pagi-petang, qiyammullail, tadarus al-Quran dll sahaja. Namun, bentuk-bentuk ibadah di atas adalah sebahagian amal Islami yang sepatutnya lazim dalam kehidupan aktivis-aktivis kita.
Sebenarnya ruang lingkup Tarbiyyah Islamiyyah ini lebih mudah dimahami apabila kita memahami elemen-elemen tarbiyyah itu sendiri. Elemen tarbiyyah terdiri oleh 3 juzuk utama – (i)TauhiduLlah (mengEsakan Allah) – sehingga wujud tajamud (maksud: mengasingkan diri) dari gejala mempersekutukan Allah serta ideologi-ideologi yang bertentangan Islam;
(ii)Nubuwwah (berlandaskan hidup dan perjuangan Rasulullah s.a.w) – sehingga menyelamatkan manusia dari runtunan hawa nafsu dan akal yang terbatas apabila manhaj Nubuwwah dijadikan landasan hidup dan perjuangan Islam; dan
(iii)al-Hasyr wa al-Jaza’ (hari manusia dikumpulkan dan diberi pembalasan) – sehingga menjadikan manusia meletakkan matlamat akhir Tarbiyyah Islamiyyah adalah mendidik manusia kepada Allah, Rasul dan Islam; bukan untuk kepentingan individu, pihak tertentu, persatuan, parti dll yang bersifat duniawi dan sementara.
Sesungguhnya ruang lingkup Tarbiyyah Islamiyyah :-
1. Tarbiyyah Aqliyyah (pembentukan fikrah pemikiran)
Setiap aktivis GMI dituntut tafaqquh fiDdin (9:122) secara vertikal (meluas) dan horizontal (mendalam) seperti/melalui:-
(i)melatih akal supaya berfikir dan merancang ‘amal Islami untuk kepentingan Islam.
(ii)menghindari diri daripada budaya taqlid (mengikut secara membabi buta).
(iii)melatih diri mendengar dan meraikan pendapat teman-teman atas wa’yul Islami dan berusaha berijtihad/mempertimbang dengan mengambilkira pandangan-pandangan tersebut.
(iv)mendidik akal mengkaji nas-nas aqidah dan syara’ (melaui al-Quran dan al-hadith) serta melatih diri mengaplikasi nas-nas tersebut sesuai dengan keperluan tempat dan kesesuaian semasa.
(v)melatih diri mengembangkan kefahaman secara literal asalkan dalam kerangka aqidah-syara’.
(vi)mendalami ilmu fardhu ain dan meluaskan ilmu fardhu kifayah.
(vii)memahami fiqh al-Islami yang pelbagai seperti al-Awlawiyyat (keutamaan), al-ikhtilaf (perbezaan), al-Muwazanat (timbang-tara), siyasah (kekuasaan politik), dll.
2. Tarbiyyah Khuluqiyyah/Ruhiyyah (pengluhuluran sifat dan tingkah laku)
Yang dimaksudkan khuluqiyah adalah membina sifat wajib bagi Rasulullah dalam diri setiap aktivis GMI – (i)as-siddiq (membenarkan Islam sebagai kehidupan dan jalan perjuangan); (ii)al-Amanah (bertanggungjawab dalam melunaskan hak-hak Allah); (iii)at-Tabligh (menyampaikan risalah Islami sehingga Islam menjadi ad-Din al-Hayah); dan (iv)al-fathonah (bijaksana dalam merencana amal Islami secara manhajiyyah (sistematik), munazzhomah (tertib tersusun), tadarruj (beransur-ansur), dll)
3. Tarbiyah an Tazkiyyah Nafsiyyah (pembinaan jiwa melalui pembersihan dari hawa nafsu)
Iaitu melalui Solat tahajjud (73:2, 73:20, 32:16), tadabur al-Quran (45:20, 8:2), tafakkur (10:101, 88:17), musohabatun Nabiyy fi sirahtihi (33:21, 3:31-32), berdoa (33:41-42, 13:28), jihad fi sabiliLlah (2:216, 8:60, 9:38-39), dll.
4. Tarbiyyah Ijtima’e (penerapan sosialisasi Islam dalam masyarakat) (5:2)
Yang dimaksudkan dengan tarbiyyah Ijtima’e adalah amal al-Islami – (i)mengajak manusia kepada Islam; (ii)amar ma’ruf nahi mungkar; (iii)tidak mengabaikan tuntutan-tuntutan fardhu ‘ain; (iv)bersifat waqi’iyyah. Tarbiyyah ini disebut juga dengan tarbiyyah jasmaniyyah atau jasadiyyah.
Apakah tanda aras Tarbiyyah Islamiyyah kita?
Memetik syarahan al-fadhil Ustaz Sa’id Hawwa: sebagaimana di bawah
…secara umumnya: kelemahan orang Islam adalah kerana berlakunya kecacatan dalam salah satu dari tiga bidang (dawair) berikut ini..(1)ilmu dan kepercayaan…(2)kekurangan dalam ciri-ciri (penulis:sifat)…(3) iltizam…Adalah menjadi kebiasaan yang ketiga-tiga bidang ini mesti dilakukan secara tadarruj (berperingkat)…Mesti memindahkan seseorang anggota dari peringkat terendah kepada tingkat yang lebih tinggi dan seterusnya…” [Rujuk Sa’id Hawwa (1999), Pendidikan Harakah Islamiyyah – Syarah Risalah al-Ta’alim, Md. Akhir Hj Yaacob, Selangor: Dewan Pustaka Fajarh, 123]
Sekiranya jundiyyah hanya memiliki ilmu (kefahaman) semata-mata, maka lahirlah golongan yang hanya pandai berkata-kata namun miskin sifat (akhlak Islamiyyah) dan luntur iltizam (amal jama’e dan amal ijtima’e).
Kita boleh melihat berapa ramai golongan agamawan atau ahli akademia atau pemidato dalam kalangan kita yang sangat bijaksana dan faham tentang kepentingan jalan ini, namun lebih mengambil sikap berpeluk tubuh, asyik mengkritik, menjadi pemerhati, bacul menyuarakan hak serta tidak disiplin dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Sepatutnya kita mengambil pengajaran oleh segelintir para Sahabat r.a.hum yang telah pun menerima tarbiyyah oleh Rasulullah s.a.w, namun kefahaman mereka ini tidak membina sifat muharrik (aktivis) dalam diri mereka; serta tidak menyemarakkan iltizam – indhibat (disiplin) dan intima’ (komited) untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w memperjuangkan Islam ketika senang atau susah; ketika ringan atau berat; suka atau duka; dll.
Lihat sikap Ka’ab bin Malik r.a.hu ketika samboyan Perang Tabuk sedang berkumandang di udara. Pada waktu itu, Kaab dalam keadaan yang sihat dari segi sifat serta mempunyai kemampuan (kemudahan) untuk iltizam; namun sibuk mengutib hasil pertanian.
Perkara yang sama juga berlaku pada dua Sahabat lain – (i)Murrah ibn Rabi’e al-‘Amri r.a dan (ii)Hilal ibn Abi Umayyah al-Waqifiy. Peristiwa tersebut dirakam oleh Allah s.w.t (9:117-118, 9:95-96). [Rujuk Fathi Yakan (2001), al-Mutathaqitun ‘ala Thoriqu ad-Da’wah, kaifa wa limaza, Selangor: Dewan Pustaka Fajar, hh.24-34]
Lihat sikap Hatib ibn Abi Balta’ah r.a yang walaupun mempunyai kefahaman Islam yang salimah, namun disebabkan oleh kasih kepada anak dan isterinya di Makkah, maka beliau ini cuba membocor rahsia kerajaan Madinah al-Munawwarah kepada pihak musuh Islam.
Umar mahu memancung kepalanya, namun hasrat tersebut telah dihalang oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Rasulullah s.a.w telah memaafkannya bukan kerana kecatatan sifat dan iltizamnya, tetapi disebabkan beliau ini adalah ahl al-Badr. Kemudian, turun firman Allah s.w.t (60:1-4) [Rujuk Fathi Yakan (2001), hh.35-38]
Kelemahan sifat serta kelunturan iltizam ini juga boleh dilihat dalam sirah Masjid Dhirar (9:107), Hadithul Ifik (24:11-12, 24:15, 24:22), sikap Abu Lubabah ketika berunding dengan Bani Qizaimah (8:27). [Rujuk Fathi Yakan (2001), hh.39-64]
Begitu juga sekiranya jundiyyah mengalami kelemaan sifat yang pelbagai. Maka, pembenturan sifat al-quwwah wa al-amanah perlu juga dibentuk dalam tarbiyyah kita secara sepadu. (28:26, 12:54, 81:19-21, 5:44) supaya para jundiyyah yang mempunyai kefahaman yang sejahtera turut dilenturi oleh sifat al-Quwwah wa al-Amanah.
Pada Zaman Rasulullah s.a.w, Abu Dzar al-Ghifari pernah meminta izin daripada Rasulullah untuk menjadi pemimpin, namun Rasulullah s.a.w telah menolak permohonan tersebut disebabkan kelemahan sifat.
Sabda Rasulullah s.a.w. berkata dia memiliki lidah yang senantiasa berkata benar dan dia juga merupakan seorang Sahabat yang sangat amanah. Tapi oleh kerana dia adalah seorang yang lemah serta tidak mempunyai kekuatan yang diperlukan, maka Rasulullah s.a.w tidak memberikan kepadanya kedudukan kepemimpinan. [rujuk Abu ‘Urwah(1988), Risalah Usrah (J.3), KL: Pustaka Salam, h.23]
Sila runungi Firman Allah berhubung kecatatan atau kelemahan sifat dalam kalangan Jundiyyah (64:16, 2:286) dll.
Sekiranya wujud dalam kalangan jundiyyah mereka yang mempunyai kelemahan iltizam atau iltizam ini tidak dialas dengan ilmu serta sifat yang salimah, maka lahirlah golongan yang berpenyakit mentaliti (ma’nawiyyah) dan perlakuan (al-‘amaliyyah).
Antara kelemahan iltizam disebabkan/menyebabkan penyakit mentaliti adalah:
(i)al-infi’aliyyah (emosional) sehingga lahir at-tahawwuru (ekstem);
(ii)al-wijahiyyah (berpuak) sehingga lahirnya al-istibdadiah (bersendirian/diktator);
(iii)al-I’tizaziah (berasa diri hebat) sehingga lahirlah al-ananiyyah (bongkak/ego);
(iv)al-Intiqatshiah (meremeh-remehkan) sehingga lahir al-tafriqah (berpecah-belah); dll.
Antara kelemahan iltizam disebabkan/menyebabkan penyakit perlakuan/sikap adalah:
(i)al-‘afawiyyah (asyik beralasan maaf) sehingga lahir ‘adamu al-mas’uliyyah (tidak bertanggungjawab);
(ii)al-juz’iyyah (beramal sebahagian-sebahagian) sehingga lahir al-tanaqudhat (pertembungan);
(iii)al-taqlidiyyah (ikut membabi buta) sehingga lahir ‘adamu al-mashiroh (tiada dalil);
(iv)al-tarqi’iyyah (stereotaip) sehingga lahirnya ‘adamu al-intaji (tiada hasil)
Tuntasnya proses tarbiyyah mesti digerakkan secara munazzomah (sistematik) dan istiqamah (konsistan) selari dan pembangunan (takwin) ilmu sifat dan iltizam seharusnya bergerak secara bersama dan sepadu.
Pilihanraya Kampus: Adakah ia kelangsungan tarbiyyah kita?
Kita boleh melihat Tasawwur Tarbiyyah Islamiyyah secara konseptual dan hostorikal dan cuba bandingkan dengan realiti tarbiyyah kita kini.
Aktiviti dakwah, kegiatan Usrah, amal ijtima’e hatta penyertaan Pilihanraya Kampus (PRK) bukanlah hanya berdiri pada kegelojohan nafsu siasah semata-mata, tetapi lebih pada melunaskan tuntutan Tarbiyyah Islamiyyah sebagaimana yang boleh kita lihat dalam kitabuLlah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Apabila kita menggerakkan aktivitisme kita secara munazzhomah dan istiqamah sebagaimana di atas sehingga warga kampus mahu bersama kita, maka pesaing-pesaing kita mulai menghalang dominasi kita. Pelbagai label dilekat pada diri kita atau pertubuhan kita. Antaranya, budak-budak PMI suka berpolitik; dll.
Suka saya meminjam jawapan mantik mantan Presiden PMIUM dan MP Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria apabila wujud polimik seperti di atas:-
…kita (GMI) kuat melaksanakan usrah, demontrasi hatta menyertai Pilihanraya Kampus bukanlah kerana kita ini gila kuasa, tetapi sebenarnya kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila (maksud: pemimpin boneka, penzalim, fasik, pro UMNO/BN dll) dalam MPM dll…”
Asal ijtihad PMIUM pada sesi akademik 1977/78 menyertai PRK pada waktu tersebut adalah demi memanfaatkan vehicle Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) untuk menggerakkan dakwah Islamiyyah dan idea faham Islam melalui Usrah, ijtima’ dll; selepas Universiti menafikan hak aktivis-aktivis kita menyertai Jawatankuasa Orientasi (JKO).
Melalui penguasaan MPMUM pada waktu tersebut, kita yakin kita bukan sahaja mampu memanfaatkan JKO untuk menerapkan idea faham Islam, malah menggunakan vehicle ini untuk amar ma’ruf nahi mungkar dll. Selebihnya, rujuk Sejarah Penyertaan PMIUM dalam Pilihanraya Kampus [http://zainulfaqar.wordpress.com]. Kita yakin, asas penyertaan tersebut masih relevan dalam konteks kita juga, PMIUSM hari ini.
Kita bukan sahaja terpaksa berputeh mata melihat kecelaruan kepemimpinan MPP hari ini, malah kita tidak mempunyai kuasa politik untuk amar ma’ruf nahi mungkar, kaderisasi kita lebih terhad disebabkan kita tiada platform yang lebih sejagat; hanya bergantung pada PMIUSM dalam keadaan takut-takut dan penuh rasa paranoid.
Tepuk dada dan tanya tarbiyyah infirodhi (individual) kita. Adakah tarbiyyah kita telah membentuk kefahaman yang salimah sehingga kita yakin segala yang kita lakukan ini adalah amal islami dan risiko yang bakal kita terima ini adalah bonus dalam perjuangan Islam?
Tepuk dada dan tanya iman kita. Adakah tarbiyyah kita selama ini telah membentuk sifat al-Quwwah wa al-Amanah sehingga kita begitu asyik dengan janji-janji Allah dan pesaing-pesaing kita melihat kita dengan penuh ‘izzah dan thiqqah dengan sifat kepemimpinan kita.
Tepuk dada dan tanya diri kita. Adakah kita ini tergolong dalam mereka yang mempunyai iltizam yang munazzhomah dan istiqamah (selain ilmu dan sifat) sehingga kita begitu kuat melunaskan tuntutan dakwah termasuk melalui PRK tidak lama lagi; atau kita golongan hipokrasi, bacul yang hanya bergema takbir dalam tamrin-tamrin, usrah-usrah, ijtima’-ijtima’ padahal kita sebenarnya tidak lebih ‘tin kosong’ yang sedang dilihat sepi oleh ummat dan Rasulullah s.a.w sendiri?
Tarbiyyah Islamiyyah kita (GMI) sepatutnya melahirkan aktivis Islam (muharrik/junduLlah), bukan sekadar menerima kelompok mahasiswa/i Islam yang memang telah baik (soleh/solehah) sahaja. Ini kerana kebaikan mereka ini sudah tentu hanya bermanfaat untuk diri mereka sahaja jika mereka ini tidak ditempa menjadi AKTIVIS; bukan untuk ummat yang berada di sekeliling mereka.
Selamat menempuhi Tasawur Tarbiyyah Islamiyyah. Penulis tinggalkan satu perumpamaan yang dipinjam oleh al-Fadhil Ustaz YB Muhammad bin Husin (Ahli Parlimen Pasir Puteh, mantan Presiden PMIUM dan antara muassis JIK di beberapa kampus era 1980an) sebagaimana di bawah; untuk sama-sama kita renungkan:-
WaLlahu ‘alam…“…Tarbiyyah ini bukan sekadar duduk berusrah dalam bilik pendingin hawa, atau makan nasi bertalam atau mendengar kuliah haraki dari para Ustaz-Ustazah di Universiti semata-mata. Itu semua baru pengajaran atau pengkuliahan. Ia umpama kamu mengaji atau baru dikuliahkan tentang tatacara berenang dalam bilik kuliah, kamu masih belum pandai berenang kecuali mereka mencampak kamu terus dalam sungai atau laut untuk praktikal berenang…”
(USTAZ ZAINULFAQAR)
Read More…
Kelemahan dalam berdakwah
SESUNGGUHNYA dakwah Islamiyyah tidak akan terhenti selagi mana wujudnya aktivis dakwah (du’at) yang bercita-cita melunaskan tuntutan (1)syahadatain (maksud: mengajak manusia kepada 2 kalimah syahadah); (2)amar ma’ruf nahi mungkar (maksud: menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran); dan (3)mujtama’ as-salim (maksud: masyarakat yang sejahtera) hatta (4)khulafah Islamiyyah jadidah (maksud: neo-Khalifah Islamiyyah).
Dalam konteks kepartian dakwah, sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan antara wasilah (vehicle) terbaik untuk melunaskan tuntutan-tuntutan tersebut.
Dalam konteks kemahasiswaan Islam, Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) merupakan antara wasilah (vehicle) terbaik (dalam peringkat nasional dan kampus) untuk melunaskan tuntutan-tuntutan di atas.
Masing-masing mempunyai matlamat khusus dan pendekatan dakwah Islamiyyah sudah tentu patut mengambil kira kondisi dan lapangan masing-masing.
Walaupun demikian, idea perubahan berdasarkan cita-cita Islam selalu tergendala disebabkan cabaran semasa dan sikap kita sendiri dalam melunaskan tuntutan ini.
Walaupun dakwah Islamiyyah ini dilaksanakan secara amal jama’e (maksud: bekerja secara istiqamah-munazzhomah), namun kesilapan fardiyyah (maksud: individu da’e) itu acap kali menggagalkan amal jama’e tersebut.
Asal amal jama’e adalah ada pada tuntutan fardiyyah. Maka, penyakit-penyakit fardiyyah inilah seharusnya dicermati, diubati dan ditangani segera (jika ada).
Penyakit fardiyyah ini terdiri oleh dua (2) punca utama. Pertama, disebabkan mentaliti sehingga melahirkan pelbagai barah-barah dalam dakwah Islamiyyah dan amal jama’e.
Kedua, disebabkan perlakuan sehingga melahirkan pelbagai penyakit berantai dalam dakwah Islamiyyah dan amal jama’e.
Kelemahan mentaliti dalam dakwah!
KESAN penyakit mentaliti (maknawiyyah) akibat sikap individu da’e (infiradhi) dalam dakwah dapat dilihat dalam gejala-gejala di bawah:-
1)Emosional dalam menangani kejahilan/kefasikan ummah sehingga membawa pada budaya ekstream dalam berdakwah – dari segi fikrah/hati, pengucapan dan tindakan.
2)Berasa diri (merujuk: daie/du’at) kudus akhirnya bukan sahaja membentuk kelompok eksklusif (puak) dalam kalangan du’at (pendakwah-pendakwah); malah akan lahir diktatorisme dalam dakwah.
3)Para du’at yang berasa diri mereka hebat dan terbaik ketika mereka melihat gelagat jahil/fasik ummat ini akan membentu sikap ego/bongkak sehingga mereka tidak boleh berlapang dada dengan jawapan jahil/fasik oleh mad’u (maksud:sasaran dakwah) mereka.
4)Kebolehan ilmu, ketinggian sifat serta kekuatan iltizam oleh para du’at jika tidak dipelihara akan mendorong mereka meremeh-remehkan pihak lain (sama ada kelompok du’at lain atau masyarakat sendiri); hatta boleh membawa pada perpecahan ummah. Sesungguhnya dakwah menyatukan ummah dan kesombongan (meremeh-remehkan) adalah pemecahnya!
Kelemahan perlakuan / tindakan dalam dakwah!
Kelemahan amal jama’e dan dakwah Islamiyyah disebabkan oleh sikap serta tindakan infirodhi (individu) para du’at boleh dilihat dalam gejala-gejala berikut:
1)Dakwah spontan selalu dilakukan tanpa perancangan. Dan apabila timbul implikasi berantai yang tidak baik, acap kali dialas dengan kemaafan yang asyik. Akhirnya, aktiviti dakwah tidak dilunaskan secara bertanggungjawab. Dakwah dirumuskan negatif padahal kitalah puncanya!
2)Sikap infirodhi kita selalu menumpu pada satu-satu bahagian dakwah semata-mata sehinggakan wujud kecenderungan hatta pertembungan dalam amal Islami dan amal Jama’e.
Jika kita dalam parti Islam kita selesa berperwatakan politikus padahal parti hanya wasilah dakwah Islamiyyah.
Kalau kita dalam posisi GMI, kita selalu bersikap eksklusif sehingga takut untuk terjun lapangan dakwah (khususnya dalam pentas kampus-nasional) secara berdepan kerana takut dianggap agen-agen politikus parti Islam atau pihak-pihak tertentu.
3)Sikap infirodhi kita yang taqlid (ikut membabi buta) satu-satu prilaku dan tatacara dakwah pihak lain bukan sahaja boleh menyebabkan kecelaruan amal jama’e, malah dakwah kita juga tidak berdiri atas dalil ‘alami, fitrah, naqli dan ‘aqli kita sendiri tersendiri.
Kesan berantai adalah konservatisme atau tradisionalisme dalam amal jama’e jika tidak mengambil kira kondisi keperluan ummah yang moden dan kontemporari seringkali dirumuskan sebagai jumud dan tidak berwawasan.
Sesungguhnya, dakwah Rasulullah dahulu berwawasan dan lebih tinggi dari nilai-nilai jahiliah dalam masyarakat pada waktu ini. Mengapa kita tidak bersifat kontemporari sesuai dengan keperluan zaman kita?
4)Memang sehebat mana manusia, tentu ada kelemahannya. Atas maksud itu, amal jama’e dilakukan dalam tugasan dakwah Islamiyyah. Jika saling menampung dan menumpang dalam kalangan infirodhi (individu da’e) ini tidak dilaksanakan secara munazzhomah dan istiqamah, tentu tiada hasilnya kerana kelemahan senantiasa berlaku; tetapi usaha menyempurnakannya tidak berlaku secara semulajadi dan terancang.
Bagaimana melaksanakan perubatan du’at, sebelum ummat?
Asal sembuhan penyakit du’at mesti diubati secara amal infirodhi dan amal jama’e. Namun, rata-rata kita ghairah mengubati penyakit jahiliyyah ummat; tanpa terlebih dahulu atau sama-sama menyembuhkan pengakit barah dalam badan kita (jika ada).
Perubatan jiwa yang boleh dilakukan dalam kalangan du’at yang sakit sebagaimana di bawah:-
UBAT PERTAMA – kesedaran dalam diri bahawa sikap-sikap (merujuk: penyakit mentaliti dan perlakuan) tersebut sesuatu yang bahaya pada diri, amal jama’e dan dakwah Islamiyyah; sehingga kita mulai bermuhasabah diri, berusrah, kuatkan ibadah (khususnya ibadah nafilah) dan berdoa agar mendapat petunjuk Ilahi.
UBAT KEDUA – meluruskan orientasi dakwah sama ada secara infirodhi atau amal jama’e benar-benar untuk menyeru manusia kembali menghayati Islam; bukan untuk kepentingan diri (individu), keluarga, puak/golongan, pertubuhan, parti dll sehingga Islam itu lebih lihat/dihayati penting dari perkara-perkara tersebut.
UBAT KETIGA – hiasi diri kita dengan tawaddu’ (maksud: rendah diri) semasa manusia agar semakin ruku’ dan sujud kepada Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t sahaja yang layak memiliki sifat at-Takabbur dan disebabkan sifat itu Syaitan dilaknat Allah s.w.t.
UBAT KEEMPAT – Bersifat objektiflah dalam menilai prilaku diri, orang lain serta ummat. Mad’u yang jahil patut mandapat simpati.Mad’u yang fasik (maksud: zalim/jahat) patut mendapat inzar (maksud: amaran daripada Allah dan Rasulullah s.a.w) dan mad’u yang ma’asi patut mendapat pencegahan daripada kita secara hikmah.
Dengan prilaku sedemikian, kita akan berlaku adil dalam fikrah/hati, ucapan atau tindakan ketika berdepan dengan kelimpok-kelompok tersebut.
UBAT KELIMA – Rancang dakwah Islamiyyah kita kerana Rasulullah s.a.w juga sangat teliti dalam perancangan dakwah Islamiyyah. Inilah pentingnya manhaj dalam berdakwah.
UBAT KEENAM – Islam telah memberi panduan secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Sepatutnya, tuntutan dakwah juga tidak harus dijuzukkan pada persoalan solat atau politik atau pendidikan dll semata-mata. Wajah syumulan Islam itulah seharusnya menjadi wajah aktivitisme dakwah.
KETUJUH – Setiap zaman ada nilai-nilai kontemporarinya. Maka, para du;at patut mengambil kira nilai-nilai kontemporari ini sebelum melaksanakan tuntutan dakwah Islamiyyah tersebut; agar kita tidak rumuskan konservatif dan memang kita sudah terjebak dalam konservatif ketika melunaskan tuntutan-tuntutan tersebut sehingga dakwah Islamiyyah gagal diterima oleh ummah.
KELAPAN – dakwah bersifat merobah masa sebab Islam sendiri bersifat inqilabiyyah (maksud: dibangunkan atas runtuhan jahiliyyah moden). Perubahan mesti ditiupkan dalam fikrah, mesti dibentuk dalam sifat du’at dan ummah serta mesti diuji dan diasak agar menjadi iltizam dalam diri (infirodhi) dan amal jama’e kita.
Marilah kita bermuhasabah dan lakukan perubahan segera dalam diri kita kerana perubahan ini menjadi pemangkin pada perubahan ummah. Kenal pasti penyakit dan segera ubati penyakit-penyakit tersebut.
Sesungguhnya, kita mampu merealisasikan cita-cita Islam sebab perjuangan kita berdiri atas asas Islam dan kita (GMI) ditarbiyyah juga berdasarkan manhaj Islami.
Semoga Allah senantiasa merahmati amal jama’e kita dan ummah semakin selesa apabila kita mendekati (dakwah Islamiyyah) kepada mereka. Pendidikan Asas Perubahan –END
(USTAZ ZAINULFAQAR YAACOB)
Bila Hati Cintakan ISLAM
masa terlalu singkat buatmu
kerana gerak kerja ISLAM terlalu banyak menantimu
ingat ALLAHSWT disetiap perkiraan masamu
win as MUJAHHID or DIE as ASSYAHID.....
IMAN YANG PALING UTAMA IALAH SENTIASA MERASAI ALLAHSWT ADA BERSAMA-SAMA KITA, ALLAHSWT MELIHAT KITA, ALLAHSWT MENDENGAR KITA DAN ALLAHSWT TAHU ISI HATI KITA......
CUKUPLAH ALLAHSWT DALAM HATI KITA....
TP......
DI MANAKAH ALLAHSWT DALAM HATI KITA? Read More…