doa

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA SAYA MEMOHON CINTAMU DAN CINTA ORANG YANG MENCINTAIMU SERTA CINTA YANG DAPAT MENDEKATKAN SAYA KEPADA CINTAMU.
YA ALLAH APA SAJA YANG ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADAKU DARIPADA APA YANG SAYA CINTAI MAKA JADIKANLAH IA KEKUATAN UNTUKKU DALAM MENCINTAI APA YANG ENGKAU CINTAI. DAN APA SAJA YANG ENGKAU SINGKIRKAN DARIPADA APA YANG SAYA CINTAI MAKA JADIKANLAH IA KEREDHAAN UNTUKKU DALAM MENCINTAI APA YANG ENGKAU CINTAI
YA ALLAH JADIKANLAH CINTAMU SESUATU YANG PALING KUCINTAI DARIPADA CINTAKU KEPADA KELUARGAKU, HARTAKU DAN AIR SEJUK PADA SAAT KEHAUSAN.
YA ALLAH JADIKAN SAYA MENCINTAIMU, MENCINTAI MALAIKATMU, RASULMU DAN HAMBAMU YANG SALIH. YA ALLAH HIDUPKANLAH HATIKU DENGAN CINTAMU DAN JADIKANLH SAYA BAGIMU SEPERTI YANG ENGKAU CINTAI.
YA ALLAH, JADIKANLAH SAYA MENCINTAIMU DENGAN SEGENAP CINTAKU DAN SELURUH USAHAKU DEMI KEREDHAANMU
(HADITH RIWAYAT AT TIRMIZI DALAM JAMI` AL-SAHIH
RASULULLAH SAW BERSABDA. INILAH ANTARA DOA YANG BIASA DIPANJATKAN OLEH NABI DAUD) Read More…

UMAT ISLAM UMPAMA BUIH

UMAT ISLAM UMPAMA BUIH

Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:
"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat."
Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencapai lebih 1 bilion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan.
Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia. Persoalannya ialah kenapa faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam? Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuh dan memporak-perandakan negara Islam.
Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh musuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumber minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat. Kekayaan yang mereka perolehi dari hasil bumi negara Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk membunuh umat Islam.
Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budaya hidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa yang sama mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu digantikan dengan perasaan penakut: takut kepada musuh Islam.
Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang Mongol sepatutnya dijadikan teladan supaya peristiwa hitam ini tidak akan berulang kembali. Adakah faktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalam masyarakat dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakin menjadi. Ia telah menyerap dalam pelbagai organisasi kepimpinan. Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli pucuk pimpinan supaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islam sendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan saja ekonomi umat Islam merudum malahan negara juga turut tergadai.
Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang? Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagai penyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi keruntuhan akhlak sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu pemulihan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah 'lain sakit lain pula ubat yang diberi'.
Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidak sepatutnya ditonton sudah menjadi semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa saja. Bukankan ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat? Umat Islam kini tidak mempunyai katahanan dan iman yang kuat untuk menangkis serangan yang hebat ini. Semua ini adalah antara strategi dan perancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadap perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan berlaku beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih.
Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan nasrani sekali-kali tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka."
Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang banyak. Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid. Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid menjadi lengang, cuma diimarahkan dengan carpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh Islam? Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid dan berkejaran ke kilang.
Dalam hadith tadi, Nabi memberikan 2 faktor berlakunya begini: cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis. Read More…

doaku

YA ALLAH, SIBUKKANLAH SAHABAT2KU DAN DIRIKU JUGA DENGAN GERAK KERJA ISLAM.
JANGANLAH BIARKAN KAMI SEKEJAP MATAPUN Read More…

WANITA SOLEHAH


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda"..

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”. Read More…

BERSYUKURLAH




37. Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), [Al Qiyamah]


38. kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, [Al Qiyamah]

67. Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [Al Mu’ min] Read More…

RAHSIA PENCIPTAAN WANITA(USTAZAH WAHIBAH)




Di mana manusia? Di mana bumi Di mana cakrawala? Di mana tata suria Di mana Bima Sakti Di mana Galaksi?

Darimana manusia? Darimana ibubapa? Darimana ibu? Darimana bapa? Darimana janin? Darimana air mani? Read More…

SAMA-SAMA hayati: kisah UMMU MUHAMMAD

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt Puan Rasha (Ummu Muhammad) isteri
kepada As Syahid Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi telah dapat hadir di dalam
satu program di Stadium Malawati, Shah Alam tengahari semalam, Ahad
22.3.09.

Beliau sangat bersyukur kerana buat pertama kalinya dapat sampai ke
Malaysia. Setelah mendengar penyampaian oleh Puan Hashimah Salleh,
Tokoh Maulidur Rasul Negeri Selangor, 2008, beliau memberitahu hadirin
bahwa beliau seolah-olahnya mendengar penyampaian itu bukan dari orang
Malaysia bahkan terasa macam disampaikan oleh orang Palestin sendiri
kerana isinya benar-benar menyentuh hati dan itulah sebenarnya yang
diperjuangkan oleh orang-orang Palestin termasuk
suaminya As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.

Beliau kemudiannya memberi penyampaian dan amanat kepada semua hadirin
dengan suara yang begitu bersemangat tanpa ada kelihatan tanda-tanda
kesedihan di atas pemergian suaminya lima tahun yang lepas. Ini sungguh
membuktikan keteguhan iman beliau dan kesabaran yang cukup tinggi yang
hanya mengharapkan redha Allah swt.

Sempena kedatangan beliau ke sini, marilah kita cuba meneliti liku-liku
kehidupan beliau bersama suami tercinta melalui wawancara yang diadakan
setelah kesyahidan suami beliau, As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi.

Kita semua sudah tahu akan syahidnya Dr Abdul Aziz Ar Rantisi pada 17
April 2004. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong yang
tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasha (Ummu
Muhammad). Mari kita sama-sama selami akan ketabahan hidup beliau
sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka
(yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk
Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya
jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu
yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah
engkau akan perolehi dari Allah
(sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Al-Baqarah : 120)

Kata-kata beliau (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar
biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tidak ternilai
serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat
tawadhu' yang terhimpun dalam percakapannya, perbualannya dan juga
tindak-balasnya. Kami katakan kepadanya :
Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau ? TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi
sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampai matlamatnya, ianya
tidak lain dan tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan
mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan dan rasa izzah.
Maka dengan kalimat inilah bermulanya wawancara dengan Puan Rasha (Ummu
Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz
ar-Rantisi.

1. Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu
saya bukanlah pendokong utama kepada gerakan Islam tetapi saya
menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat yang sebaya dengan
saya yang menjadi pendokong utama kepada gerakan Islam.

Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti
tetapi kedua ibu bapa saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke
Mesir bagi meneruskan pengajian saya.

Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati
padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis,
lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doktor. Beliau tidak pernah
menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan
beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat
istimewa di kalangan masyarakat.

2. Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh as-Syahid?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah
pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada
permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah
keimanan bahawa Allah s.w.t yang telah mentakdirkannya sebegitu.
Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau
bersama atau tidak.

Ketika percubaan membunuh beliau pada 10.6.2003, ketika itu saya sedang
bekerja, saya menjadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya
memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke
Hospital Shifa' yang dipenuhi dengan ramai orang dan saya telah
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad
(as-Syahid)sepanjan g kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah
semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.. Hanya dengan itu akan
tercapai kebahagiaan yang hakiki.

Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani merah. Ia
penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang
diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan
hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah
semenjak Saidina Adam a.s. sehinggalah ke hari ini.

3. Bagaimanakah cara Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh
pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah, jika ada
sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya
atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka
cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar akan keadaan mereka.

Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap
orang yang bersamanya sepertimana telah saya jelaskan tadi bahawa
beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung
melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat
menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang.

Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan
tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun
dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga
seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta
sentiasa menekankan sifat tawadu' dan kepercayaan kepada diri sendiri.

4. Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Ahmad Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga
sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis
memperingati as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis
ketika mana disebut nama sahabat beliau itu. Beliau merasakan amat
berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan
perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para sahabatnya.

5.. Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak
menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang
insan seperti Syeikh Ahmad Yasin, jika beliau tidak dibunuh beliau akan
tetap mati.

Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan
sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah
satu. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya dan ia amat mempengaruhi
diri saya katanya, Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah
pemergianmu? .

6. Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau iaitu berjuang dan berjihad lebih dari 30
tahun, beliau adalah seorang mujahid, penyuluh ke jalan Allah samada
dari segi muamalaat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan
perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami...
kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.

7. Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri orang lain kehilangan suami..
Walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman
dan pendirian saya terhadap Allah s.w..t, maka ini adalah suatu
kelebihan pemberian Allah s.w.t.

Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya
terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa
letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya
bertambah yakin apabila mendengar radio, Suara Aqsa, pada waktu itu
berkumandang azan Isya' dan kemudiannya mengumumkan tembakan yang
berlaku ke atas kereta beliau di mana beliau sendiri serta pengiringnya
telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah
Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu' dan mendirikan solat Isya'.
Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya
dan anak-anak dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..

8. Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu dan persediaan beliau adalah setiap
saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w
sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya
dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa
dengan sebaik-baiknya. Beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan
memberikan setiap yang berhak akan haknya?

9. Setiap para syuhada' akan ada tanda-tanda kemuliaannya. Maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas
beliau syahid, haruman kasturi menyelimuti seluruh jasad beliau. Di
samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan
keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid.
Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya bagi saya itu
adalah karamah as-Syahid.

10. Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperibadi Islam yang unggul sesuai dengan
sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." (QS Az-Zariyat : 56).

Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan
masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya di mana kesemua ini pada
as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama
isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan
bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di
pejabatnya beliau bersifat tawadu' dengan sesiapa yang
bermuamalah dengannya.

11. Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Keseluruhan kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat
dilupakan selamanya tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin
kongsi bersama.

Ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang
saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi. Saya rasa
amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr.
Rantisi dari tahanan memang sukar untuk kami membeli barang-barang
rumah yang baru. Tanpa saya sedari, beliau datang kepada saya dan
bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya
lantas beliau berkata, tiap-tiap sesuatu ada
ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku, kata beliau dalam keadaan tersenyum.

12. Bagaimanakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga,
apakah kalimah terakhir as-Syahid dan bagaimana keadaan diri beliau
pada hari syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika
bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan
haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga
dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama
ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya
beliau kelihatan sangat gembira. Kalimah terakhir ketika beliau bersama
kami ialah.."Tuhanku, masukkan aku ke syurga mu.Inilah
kemuncak impianku.."

13. Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid dan tidak ada yang lebih dari itu.

14. Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiringi kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah
kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan
terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyhad (mempersiap diri
untuk syahid) dan Jihad.

15. Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang
menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan
sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita
adalah bersama para lelaki dan Rasulullah s.a.w yang mulia telah
bersabda :

"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan
dipertanggungjawabk an ke atas orang bawahannya.. dan wanita itu adalah
dipertanggungjawabk an di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan akan
apa yang di bawahnya".

Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang
dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah
syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam
kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta
menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah payung
rahmatNya..

16. Kalimah taujihaat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

"Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada
waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing
diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah
dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya." (QS al-Baqarah
: 281)

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: Pulanglah kepada
panduan asal kamu. Kembalilah semula kepada rasa izzah dan kemuliaan
kamu. Kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah
dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.

Ya Allah, terimalah amal-amal mereka yang telah Syahid di jalanMu.
Sesungguhnya kami juga akan menyusul mereka... Kurniakanlah kematian yang
paling baik kepada kami iaitu Syahid di jalanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS



____________ _________ _________ __
Ibrahim B Mohd Hasan
PEMBINA UIA
Kuliyyah Economics & Management Sciences
International Islamic University Malaysia
+6013 3564832 Read More…